Prosedur Permohonan
Pemohon perlu ke PKMD berdekatan untuk memaklumkan pengambilan tersebut dengan menggunakan Borang 12 JKM
Menerima permohonan dan siasatan oleh JKM terhadap pemohon serta orang yang menyerahkan kanak-kanak dan lawatan ke rumah dilakukan bagi penyediaan laporan
Setelah siasatan dibuat JKM mengeluarkan borang 13 dengan syarat-syarat kepada ibubapa pelihara atau penjaga setelah berpuashati dengan penjagaan yang diberikan kepada kanak-kanak ATAU
JKM boleh memerintahkan kanak-kanak tersebut dikembalikan kepada orang yang dalam pemeliharaan kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu
Penerangan Am
Menurut seksyen 35, AKK 2001, seseorang mengmabil kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya, orang yang mengambil kanak-kanak tersebut beserta orang yang dalam pemeliharaan kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu tidak lewat daripada 1 minngu selepas itu memberitahu JKM tentang pengambilan tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Salinan kad pengenalan penjaga
Salinan sijil lahir kanak-kanak
Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan (Jika Berkahwin)
Salinan slip gaji/penyata pendapatan
Salinan Akuan Berlkanun oleh ibu bapa kandung (Borang JPN.A07)
Lain-lain dokumen. Salinan kad pengenalan ibu bapa kandung (jika ada)
Makluman
Ibu Pelihara:
Ibu pelihara ialah orang mengambil kanak-kanak dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan daripada ibu kandung kanak-kanak
Anak Pelihara:
Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna
Borang
Borang 12
Borang 13



