Bengkel Daya

Di bawah KPWKM terdapat dua Bengkel Terlindung iaitu Bengkel Daya Klang, Selangor dan Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah. Penubuhan bengkel ini adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran luar. Di samping itu bengkel ini juga ditubuhkan untuk melatih mereka supaya berdikari dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu agar mereka mendapat lebih peluang bekerja di pasaran yang lebih terbuka. Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979.

Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di Unit Kerja (Bengkel Perusahaan) kepada pekerja OKU seperti jahitan, sulaman, roti dan pastri, dobi, peruncitan dan bistro (restoran).

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html