Bahagian Perlindungan

Bahagian Perlindungan

Prosedur Permohonan

01

Pemohon perlu ke PKMD berdekatan untuk memaklumkan pengambilan tersebut dengan menggunakan Borang 12 JKM

02

Menerima permohonan dan siasatan oleh JKM terhadap pemohon serta orang yang menyerahkan kanak-kanak dan lawatan ke rumah dilakukan bagi penyediaan laporan

03

Setelah siasatan dibuat JKM mengeluarkan borang 13 dengan syarat-syarat kepada ibubapa pelihara atau penjaga setelah berpuashati dengan penjagaan yang diberikan kepada kanak-kanak ATAU

04

JKM boleh memerintahkan kanak-kanak tersebut dikembalikan kepada orang yang dalam pemeliharaan kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu

Penerangan Am
Menurut seksyen 35, AKK 2001, seseorang mengmabil kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya, orang yang mengambil kanak-kanak tersebut beserta  orang yang dalam pemeliharaan kanak-kanak itu berada  pada masa pengambilan itu tidak lewat  daripada 1 minngu  selepas itu memberitahu JKM tentang pengambilan tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan

i

Salinan kad pengenalan penjaga

ii

Salinan sijil lahir kanak-kanak

iii

Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan (Jika Berkahwin)

iv

Salinan slip gaji/penyata pendapatan

v

Salinan Akuan Berlkanun oleh ibu bapa kandung (Borang JPN.A07)

vi

Lain-lain dokumen. Salinan kad pengenalan ibu bapa kandung (jika ada)

Makluman

Ibu Pelihara:

Ibu pelihara ialah  orang mengambil kanak-kanak dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan daripada ibu kandung kanak-kanak

Anak Pelihara:

Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang

Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi

Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna

Borang

Borang 12
Borang 13

MS
custom_html
FAQ
custom_html
custom_html
custom_html