Institusi Warga Emas

Institusi Warga Emas

Rumah Ehsan (RE) ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di RE adalah seperti berikut :

Penjagaan dan perlindungan

Bimbingan dan kaunseling

Perkhidmatan fisioterapi

Bimbingan agama

Rekreasi dancarapulih kerja

Rawatan perubatan

Terdapat dua buah Rumah Ehsan (RE) di Malaysia.

RE Dungun, Terengganu.

RE Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Kriteria Kemasukan

1. Warganegara Malaysia

2. Tidak berupaya mengurus diri sendiri

3. Tidak mempunyai waris/penjaga

4. Tidak menghidap penyakit berjangkit

5. Tidak ada sumber pendapatan/tidak mampu menyara diri sendiri

6. Disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai penyakit melarat Kaedah Kemasukan

7. Tidak mempunyai penyakit psikiatrik

Permohonan kemasukan adalah secara sukarela mengikut Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah-Rumah Sakit Melarat 1978.

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html