Soalan 1: Apakah Coronavirus?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Soalan 2: Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19?
Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas.
Soalan 3: Bolehkah virus ini tersebar dari manusia ke manusia?
Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
Bersin ataupun batuk.
Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
Sentuhan seperti bersalaman.
Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Soalan 4: Siapakah yang berisiko untuk dijangkiti virus ini?
Golongan yang berisiko adalah golongan yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti pesakit HIV, pesakit cancer, pesakit kronik seperti kencing manis, kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan mereka yang berkunjung ke Wuhan,China dalam tempoh sebulan dua yang lepas.
Soalan 5: Adakah virus ini boleh meragut nyawa?
Ya, virus ini boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan seperti kegagalan sistem pernafasan, kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kematian.
Soalan 6: Apa yang perlu dibuat sekarang?
Institusi boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk menilai dan meningkatkan kesediaan dalam mencegah penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
1. Mengawal aktiviti institusi
Menggantung semua lawatan, program dan penyertaan dalam aktiviti luaran untuk mengurangkan risiko pendedahan penghuni kepada orang awam.
Mengurangkan aktiviti dalam kumpulan yang besar seperti perhimpunan kakitangan dan penghuni, program CSR dan sukarelawan dari pihak luar.
Mengurangkan aktiviti yang merentasi kemudahan, asrama atau blok.
Menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil.
2. Kehadiran pelawat dan sukarelawan
Kehadiran pihak luar seperti pelawat dan sukarelawan tidak dibenarkan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa atau suatu tempoh sehingga wabak tamat melainkan penghuni mengalami sakit atau dalam keadaan istimewa yang dipersetujui oleh Ketua Institusi seperti jika penghuni mengalami penyakit yang kronik yang memerlukan kehadiran ahli keluarga.
Pelawat tidak dibenarkan masuk jika ada:
Sejarah perjalanan ke mana-mana negara dalam 14 hari terakhir.
Potensi hubungan dengan sesiapa yang telah diuji untuk COVID-19 melainkan keputusannya negatif.
Berada dengan sesiapa yang positif COVID-19 dalam 14 hari yang lalu.
Mempunyai tanda penyakit terutamanya demam, batuk dan sesak nafas.
Soalan 7: Apakah tindakan Institusi dalam mencegah dan mengawal penularan penyakit COVID-19 ini?
Semua Institusi hendaklah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui sumber-sumber yang sahih, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk Institusi.
Memastikan bekalan thermometer dan alat pelindungan seperti hand sanitizer, topeng muka dan sarung tangan mencukupi.
Membuat semburan nyahkuman / disinfeksi di persekitaran Institusi terutamanya pada permukaan yang mudah dicemari seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang.
Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan latihan kepada kakitangan khususnya penggunaan alat pelindung seperti sarung tangan, penutup hidung dan mulut (mask), penutup kepala dan sarung pakaian yang betul.
Memakai topeng muka di mana perlu terutamanya jika terdapat penghuni yang tidak sihat dan mempunyai batuk ringan atau biasa, selesema atau demam.
Mengamal penjarakan sosial dalam Institusi.
Memastikan Institusi sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Memastikan penghuni memakai topeng muka jika mempunyai simptom-simptom seperti batuk, selsema dan demam.
Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri penghuni.
Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun pencuci sebelum digunakan semula.
Buka semua tingkap untuk pengudaraan asrama yang baik.
Soalan 8: Apakah yang perlu dilakukan jika terdapat penghuni tidak sihat?
Penghuni yang tidak sihat hendaklah diasingkan di bilik pengasingan dan perlu mendapatkan pemeriksaan segera Pegawai Perubatan di klinik/hospital.
Soalan 9: Bagaimanakah temujanji dan pemeriksaan kesihatan penghuni ketika PKP?
Institusi hendaklah menghubungi klinik/hospital berkenaan bagi pemeriksaan kesihatan penghuni sama ada perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan atau ke tarikh baharu yang dirasakan kemungkinan wabak surut/berakhir. Sekiranya ada penghuni yang kehabisan ubat sementara tarikh tundaan, hubungi klinik/hospital untuk penambahan stok ubat.
Soalan 10: Adakah boleh menerima sumbangan CSR dari pihak luar?
Boleh. Walaubagaimanapun pihak luar tidak dibenarkan masuk ke Institusi bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Barang sumbangan boleh diserah/diterima di Pos Pengawal.
Soalan 11: Adakah pekerja kontrak perkhidmatan swasta boleh memasuki Institusi sepanjang tempoh PKP ini?
Ya. Pekerja kontrak perkhidmatan swasta seperti pembersihan dan keselamatan perlu menjalankan tugas seperti yang dipersetujui di dalam kontrak berkenaan. Namun, pihak Institusi hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan seperti pemeriksaan suhu badan setiap hari, pemakaian topeng muka dan menjarakkan diri sekurangnya 1 meter dari orang lain.
Soalan 12: Bagaimanakah bekalan makanan dan keperluan penghuni ketika PKP?
Bekalan makanan dan keperluan penghuni hendaklah mencukupi dengan nilai stok 1 bulan bagi memastikan ianya tidak terputus dalam tempoh tersebut. Pihak Institusi juga perlu memastikan pembekal mematuhi langkah-langkah sanitasi yang ditetapkan. Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah memastikan hanya pekerja bebas-gejala dibenarkan memasuki Institusi, amalkan “social distancing”, pencucian tangan yang kerap serta amalan-amalan lain seperti garis panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa lain.
Soalan 13: Bolehkah penghuni institusi berjumpa dengan ahli keluarga atau pihak luar sepanjang tempoh PKP?
Semua perjumpaan penghuni dengan ahli keluarga ditangguhkan.
Ini termasuklah semua perpindahan penghuni ke institusi lain dan juga kemasukan penghuni baharu terpaksa ditangguhkan.
Soalan 14: Adakah solat berjemaah di surau dibolehkan?
Kakitangan dan penghuni yang bergejala seperti batuk, selsema dan demam serta khuatir dijangkiti COVID-19, dinasihatkan untuk tidak menunaikan solat berjemaah dibimbangi akan menjangkiti orang lain. Namun, ketetapan solat jemaah sepanjang tempoh PKP ini adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Soalan 15: Bagaimanakah urusan pengebumian jenazah penghuni ketika PKP ini?
Pengebumian jenazah penghuni hendaklah dilaksanakan mengikut anutan agama masih-masih dan ia terhad kepada 10 hingga 15 orang bagi urusan berkenaan termasuk ahli keluarga terdekat dengan si mati. Pihak institusi juga tidak dibenarkan mengadakan majlis tahlil atau sebarang majlis pengingatan bagi kematian berkenaan.
Apabila berlaku kematian di hospital, jenazah hendaklah diuruskan (mandi dan kafan) di hospital terbabit, sebaliknya jika ia berlaku di Institusi, Ketua Institusi perlu mendapatkan nasihat Pegawai Kesihatan sama ada jenazah diuruskan di hospital atau di Institusi. Mereka yang menguruskan jenazah hendaklah menggunakan penutup mulut dan hidung, apron dan sarung tangan selain menggelakkan air mandian terpercik atau terkena pengendali.
1. Siapa yang boleh membuat permohonan?
Sistem ini terbuka kepada para pelajar, ahli akademik dan NGO yang ingin melaksanakan kajian mengenai sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sistem MyResearch (http://myresearch.jkm.gov.my)
2. Berapakan tempoh kajian yang biasa dilaksanakan?
Biasanya tempoh kajian diambil selama 3 hingga 12 bulan.
3. Dimanakah kajian boleh dijalankan?
Kajian boleh dijalankan di Pejabat Kebajikan, dan Institusi Kebajikan. Pejabat kebajikan termasuklah Pejabat Kebajikan Masyarakat Derah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat JKM. Instisusi Kebajikan termasuklah institusi Kanak-Kanak, Institusi Orang Tua, Institusi OKU, Pemulihan Dalam Komuniti, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Pusat Aktiviti Warga Emas.
4. Adakah permohonan manual diterima selepas ini ?
Tidak. Ini adalah kerana perkhidmatan ini akan dilaksanakan secara online.
5. Bagaimana cara untuk mengemukakan surat permohonan dan surat pengesahan?
Surat permohonan hendaklah di buat oleh pemohon atau pelajar sendiri dalam bentuk surat format rasmi dan ditujukan kepada hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, yang mengandungi Tajuk Kajian, Lokasi Kajian dan Tempoh Kajian serta di tandatangani pemohon. Manakala bagi surat pengesahan pula, ianya hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, dan ditandatangani penyelia projek/kajian atau Dekan atau Timbalan Naib Canselor.
6. Bagaimana prosedur permohonan menjalankan kajian bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di luar negara?
Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan mendapatkan maklumat dan menemubual pegawai daripada agensi kerajaan di Malaysia dari pemohon luar negara hendaklah dipohon melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Maklumat berkaitan boleh diakses melalui link berikut http://www.epu.gov.my/ms/garis-panduan-dan-peraturan/menjalankan_penyelidikan. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak EPU, baru tuan/puan boleh memohon melalui aplikasi sistem MyResearch.
7. Masalah penggunaan sistem boleh menghubungi urusetia seperti berikut :
Bahagian Perancangan dan Pembangunan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
No Tel : 03-8323 1000
1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada taska dan pusat jagaan tidak berdaftar?
Kompaun
Lak premis
Pendakwaan di mahkamah
Hukuman bagi kesalahan taska dan pusat jagaan tidak berdaftar ialah denda tidak melebihi rm 10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kedua, pengusaha/pengendali boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi rm 20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
2. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada taska dan pusat jagaan yang berdaftar?
1. Arahan bertulis ketua pengarah kebajikan
2. Arahan tutup sementara
3. Kompaun
4. Pendakwaan di mahkamah
5. Pembatalan pendaftaran
(1) Apa itu Perintah Khidmat Masyarakat?
Perintah Khidmat Masyarakat merupakan satu hukuman yang diperintahkan oleh mahkamah. Pesalah yang disabitkan hukuman akan melakukan kerja tanpa bayaran yang memberi faedah kepada masyarakat.
(2) Apakah tujuan Perintah Khidmat Masyarakat?
Perintah Khidmat Masyarakat bertujuan bagi memberi pemulihan, pengajaran dan dan penginsafan bagi mengembalikan kefungsian sosial pesalah dan memberi manfaat nyata kepada masyarakat.
(3) Dimanakah Pesalah Muda boleh menjalani aktiviti Perintah Khidmat Masyarakat?
Institusi JKM
Premis-premis kerajaan
Pusat Pemulihan Komuniti
Pusat Aktiviti Kanak-kanak
Pihak Berkuasa Tempatan
Pusat aktiviti Warga Emas
Home Help Services
Institusi Ngo yang berdaftar
Dan lain-lain
(4) Apakah aktiviti yang dilakukan semasa menjalani Perintah Khidmat Masyarakat?
Pemuliharaan kawasan
Pemuliharaan bangunan
Lanskap
Kebersihan tempat rekreasi
Penyelenggaraan padang
Pembaikan kecil
Housekeeping
Penyajian makanan
Penyelenggaraan surau
Apakah yang perlu dilakukan oleh orang awam yang menjumpai bayi yang terdampar?
Mereka hendaklah menghubungi pihak polis atau menghantar bayi tersebut ke hospital
Rujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
Apakah kriteria-kriteria yang diperlukan oleh seseorang yang ingin memohon anak angkat?
Warganegara Malaysia.
Mempunyai pendapatan yang tetap.
Tidak mempunyai penyakit yang memudaratkan.
Keutamaan kepada pemohon yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak.
Apakah bentuk keganasan yang membolehkan seseorang mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994?
Mangsa yang menghadapi kecederaan fizikal ataupun yang merasakan dirinya ketakutan.
Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat kes pengabaian atau penderaan terhadap kanak-kanak?
Menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
Menghubungi polis.
Memaklumkan kepada Ketua Penduduk Setempat.
Dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang klien boleh memohon Perintah Perlindungan (PO)?
Mangsa boleh memohon perintah tersebut di mahkamah semasa prosiding jenayah dibuat ke atas pendera dan telah dipertuduhkan mengikut kesalahan yang ditakrifkan dalam “Keganasan rumahtangga”.
Apa itu kaunseling?
Kaunseling satu proses menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling adalah:
(i) Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.
(ii)Khidmat nasihat dan bimbingan.
Adakah saya perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Tidak, perkhidmatan diberikan secara percuma.
Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
Individu, ibubapa, keluarga, remaja, OKU dan warga tua yang memerlukan.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khidmat kaunseling?
(i) Anda boleh datang sendiri ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri yang berhampiran dengan anda.
(ii)Anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji.
(iii)Melalui surat menyurat.
(iv)Melalui E-mel
Apakah kelayakan Kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya.
Sejauh mana keberkesanan kaunseling yang diberikan?
Bergantung kepada sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh individu yang mendapatkan khidmat kaunseling.
Perlukah kaunseling diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah?
Perlu kerana masalah bukan sahaja datang dari kanak-kanak itu sendiri tetapi juga daripada faktor persekitaran seperti ibubapa, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.
Apakah tindakan yang diambil setelah kanak-kanak menghadiri sesi kaunseling bagi kes tidak terkawal tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan?
Kaunselor akan mengadakan perbincangan dengan ibubapa kanak-kanak. Kaunselor akan mengadakan kaunseling bersama keluarga tersebut. Sekiranya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan, kanak-kanak akan dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Akhlak untuk tindakan selanjutnya.
Apakah proses-proses yang perlu dilakukan oleh bakal si ibu atau si bapa?
Bagi individu yang berminat untuk memohon anak pelihara, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dimana pemohon bermaustautin/tinggal ataupun melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman web ini.
Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah:
i. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
ii. Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
iii. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
iv. Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
v. Lain-lain dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dll.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi tujuan penyediaan laporan sosial pemohon. Perkara-perkara yang akan di bincangkan dalam sesi tersebut adalah seperti berikut:-
Menilai latar belakang sosial pemohon.
Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.
Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak pelihara?
Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap/ tinggal di Malaysia
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?
Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 Seksyen 35(7) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak / kes pembuangan bayi?
Talian telefon Talian Kasih 15999.
Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor.
Melaporkan kepada mana-mana balai polis / Pondok Polis yang berhampiran.
Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.
Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.
Apakah erti keganasan rumahtangga?
i. Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
ii. Mencederakan secara fizikal
iii. Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
iv. Mengurung / menahan tanpa kerelaan
v. Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.
Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga?
Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran
Menghubungi Talian Kasih 15999
Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederaka
Apakah Perintah Perlindungan Kecemasan (Emergency Protection Order)?
Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) adalah suatu perintah yang boleh dimohon oleh mangsa pada bila-bila masa dan terpakai dalam perenggan (a) atau (b) takrif :keganasan rumahtangga: di bawah Seksyen 2, Akta 521 iaitu:
(a) secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal; atau
(b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui akan menyebabkan kecederaan fizikal
Siapakah yang boleh memohon Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?
Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dipohon secara ex-parte oleh - Seksyen 3A(3)
(a) Mangsa itu;
(b) Peguam mangsa itu; atau
(c) Dalam hal jika mangsa itu ialah seorang kanak-kanak atau dewasa tidak berkeupayaan, penjaga, saudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, atau seorang pegawai kebajikan masyarakat selain Pegawai Kebajikan Masyarakat Diberi Kuasa (PKMDBK)
Berapa lamakah tempoh Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?
Sesuatu Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) hendaklah sah selama tempoh tujuh hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuatkuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat mengikut seksyen 3B atau 3C Akta A1538
Di manakah Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dimohon?
Seksyen 3A(4) - Perintah Perlindungan Kecemasan boleh dimohon di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang:
(a) Mangsa tinggal
(b) Orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal
(c) Keganasan rumahtangga yang dikatakan berlaku
(d) Mangsa itu ditempatkan buat sementara
Keadaan bagaimana Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dipohon?
Perintah Perlindungan Kecemasan boleh dimohon apabila terdapat perlakuan mana-mana berikut:
(a) Secara sengaja meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal
(b) Menyebabkan kecederaan fizikal
Apakah perintah dalam Perintah Perlindungan Sementara (EPO)?
Perintah yang boleh dikeluarkan dalam Perintah Perlindungan Sementara adalah seperti Seksyen 3A(7):
i. menghalang pelaku melakukan keganasan rumah tangga ke atas mangsa;
ii. melarang pelaku menghasut orang lain untuk melakukan keganasan terhadap mangsa;
iii. melarang pelaku dari memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman, kediaman bersama atau kediaman alternatif mangsa
Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
Sebab utama adalah seperti berikut:
i. Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.
ii. Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
iii. Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU.
iv. Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.
v. Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan.
vi. Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
Adakah pendaftaran OKU wajib?
Jawapan:
Pendaftaran OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Adakah perkara berkaitan pendaftaran OKU boleh dilakukan secara on-line sepenuhnya?
Jawapan:
Tidak. Sehingga sekarang permohonan pendaftaran OKU hanya boleh dibuat secara online menerusi SMOKU sehingga tahap pengisian borang. Borang yang diisi perlu dicetak dan dibawa kepada pegawai perubatan untuk pengesahan.
Apa itu SMOKU?
Jawapan:
Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) merupakan sebuah sistem yang dibangunkan bagi semua aktiviti yang merangkumi pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk permohonan bagi pendaftaran OKU. Mulai 1 Ogos 2011, pendaftaran OKU telah dilakukan melalui Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). SMOKU dibangunkan untuk memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagai sistem penyimpanan maklumat OKU bagi kegunaan pendaftaran OKU (peringkat PKMD). Modul SMOKU (Fasa I) merangkumi Pendaftaran OKU, pemadanan kerja, pemadanan kursus/latihan dan laporan / statistik. Manakala Modul SMOKU (Fasa II) meliputi perluasan pengeluaran dan percetakan Kad OKU ke 15 negeri seluruh Malaysia;
Apakah Prosedur kemasukan ke Pusat Pemulihan?
Prosedur pertama ialah dengan mendapat arahan atau perintah dari Mahkamah. Prosedur kedua ialah dengan secara sukarela.
Apakah bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Pusat Pemulihan?
Kemahiran yang berbentuk latihan TVET dalam pelbagai bidang contohnya jahitan, bakeri, multimedia.
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Pegawai Akhlak sekiranya kanak-kanak yang telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan lari beberapa kali dari pusat tersebut?
Pegawai Akhlak hendaklah menasihati ibubapa kanak-kanak supaya berbincang dengan pihak Institusi dan memberitahu kesan ke atas kanak-kanak dan ibubapa sekiranya cuba menyembunyikan kanak-kanak tersebut.
Perkhidmatan yang akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak bermasalah
Perkhidmatan kaunseling Memasukkan kanak-kanak ke Institusi Kebajikan untuk proses pemulihan (sebagai jalan terakhir sekiranya tiada alternatif lain).
Apakah perbezaan di antara Asrama Akhlak dengan Sekolah Tunas Bakti?
Asrama Akhlak merupakan satu tempat sebagai percubaan dalam memulihkan akhlak kanak-kanak yang diperintahkan selama 1 tahun manakala Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat yang tetap selama 3 tahun.
Apakah perbezaan di antara Sekolah Tunas Bakti dengan Taman Seri Puteri ?
Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat Institusi yang menempatkan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang tidak terkawal lelaki dan perempuan dan yang telah melakukan kesalahan jenayah manakala Taman Seri Puteri merupakan Institusi yang hanya menempatkan gadis-gadis berumur bawah 18 tahun yang lebih cenderung kepada pelacuran
Bagaimanakah caranya untuk memasukkan kanak-kanak tidak terkawal (beyond parental control) atau nakal ke Institusi Pemulihan JKM?
Ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak, boleh membuat permohonan bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak dengan menyatakan mohon bantuan pemulihan terhadap tingkah laku yang sering dilakukan oleh anak yang tidak terkawal. Tingkah laku itu mungkin mendorong kepada bahaya jenayah atau mendorong kepada bahaya moral. Berdasarkan surat permohonan itu mahkamah akan mengarahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat / Pegawai Akhlak menyiasat keadaan sebenar dengan menyediakan satu Laporan Akhlak. Mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk bersidang dengan kehadiran pemohon, anak yang tidak terkawal dan Pegawai Akhlak. Mahkamah boleh membuat keputusan samada:
Memerintahkan kanak-kanak diletak dalam Pengawasan Pegawai Akhlak dalam tempoh tertentu. Satu hingga tiga tahun. Boleh juga mengenakan syarat tinggal di Asrama Akhlak tidak lebih satu tahun. Selepas tinggal di asrama kanak-kanak akan diawasi selama tempoh baki Perintah Pengawasan yang ada. Jika kanak-kanak masih mengulangi tingkah laku negatif, boleh dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.
Menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Tunas Bakti selama 3 tahun. Selepas keluar dari institusi pulang ke pangkuan keluarga, kanak-kanak masih diselia oleh Pegawai Akhlak selama satu tahun. Jika melanggar syarat yang ditetapkan boleh dikembalikan semula ke institusi.
Bagaimanakah cara Syarikat korporat untuk berdaftar sebagai penyumbang dalam Portal My Corporate Care?
Proses pendaftaran adalah berkonsepkan ‘Self Registration”Syarikat Korporat yang ingin menyumbang perlu mendaftar sebagaimana berikut:
i. Tekan butang Register di bahagian atas halaman utama
ii. Lengkapkan bahagian maklumat korporat.
iii. Lengkapkan id pengguna/Maklumat log-masuk
iv. Setelah lengkap. tekan butang register
Setelah mendapatkan id dan kata laluan Syarikat Korporat boleh masuk sebagai pengguna portal untuk membuat sumbangan.
i. Log masuk ke dalam sistem.
ii. Lihat senarai keperluan Pertubuhan Sukarela Kebajikan
iii. Masukkan sumbangan ke dalam Senarai Sumbangan.
iv. Hantar sumbangan untuk pengesahan
v. Semak status sumbangan
*Perhatian, Sistem My Corporate Care masih sedang dalam kemaskini, Sekiranya sistem ini sudah bersedia. Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa.*
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Hubungan Multisektoral
1. Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela?
a. Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan.
b. Memilih bidang yang diminati dan golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri.
c. Menentukan cara dan waktu untuk melakukan kerja-kerja sukarela di samping tugas-tugas dan tanggungjawab lain.
d. Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan juga ialah latihan, kepuasan terhadap tugas tersebut, turut melibatkan ahli keluarga dan lain-lain.
2. Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi sukarelawan JKM?
Permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) / Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) ATAU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bagi negeri yang tidak mempunyai PKMD/ J iaitu WP Kuala Lumpur, WP Labuan, wp Putrajaya dan Perlis) mengikut alamat yang terdekat dengan alamat tempat tinggal. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui portal ini.
(sila klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Sukarelawan)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Kesukarelaan
Bagaimanakah proses pendaftaran TASKA?
Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi.
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).
2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut:
a. Pihak Berkuasa Tempatan
b. Jabatan Bomba dan Penyelamat
c. Jabatan Kesihatan
d. Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
STANDARD MINIMUM JKM
Standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi seperti Jadual berikut;
| Umur (Tahun) | Kanak-kanak normal | Kanak-kanak berkeperluan khas |
|---|---|---|
| 0-1 | 1 : 3 | 2 : 3 |
| 1-3 | 1 : 5 | 2 : 5 |
| 3-4 | 1 : 10 | 3 : 10 |
b. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
c. Pengusaha hendaklah hadir dan lulus Kursus Asas asuhan Kanak-kanak (KAAK)/ Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM;
d. Pengasuh hendaklah hadir dan lulus KAAK/KAP atau lulus KAP dalam tempoh 12 bulan bekerja;
e. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu
2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak bagi TASKA di Rumah; atau
3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak bagi TASKA Institusi; TASKA Tempat di Kerja dan TASKA Komuniti.
f. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;
g. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak;
h. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA;
i. Menjaga kebersihan dan keselamatan dalam dan luar premis TASKA;
j. Memasang CCTV di TASKA;
k. Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
Seseorang yang ingin memohon pendaftaran TASKA boleh mengambil langkah-langkah berikut:
a. Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana TASKA tersebut akan ditubuhkan;
b. Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja;
c. Bayaran fi pendaftaran dikenakan;
RM50.00 bagi TASKA Di Rumah atau
RM250.00 bagi TASKA Institusi; TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti.
d. Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari;
e. Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun); dan
f. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my.
1. SOALAN UMUM
1.1. Soalan:
Adakah penggunaan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa akan berubah sekiranya PGK baharu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Ekonomi?
Jawapan:
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa akan berubah mengikut kadar PGK baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi.
1.2. Soalan:
Adakah bantuan kewangan JKM layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR)?
Jawapan:
Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR). Bantuan kewangan JKM hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia sahaja.
1.3. Soalan:
Adakah pemohon bantuan yang sebatang kara dan tinggal menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan JKM?
Jawapan:
Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan pemohon tersebut terus tinggal dalam komuniti.
1.4. Soalan:
Adakah penyata pendapatan/ surat pengesahan pendapatan/ surat akuan pendapatan bagi setiap setiap ahli isi perlu dikemukakan bagi setiap permohonan bantuan?
Jawapan:
Hanya skim bantuan BKK/ BWE/ BA/ BPT yang mengguna pakai Pendapatan Isi Rumah sebagai salah satu syarat kelayakan bantuan sahaja yang perlu mengemukakan penyata pendapatan/ surat pengesahan pendapatan/ surat akuan pendapatan bagi setiap ahli isi rumah manakala bagi skim bantuan yang mengguna pakai Pendapatan Perkapita sebagai salah satu syarat kelayakan (EPOKU/ BTB) hanya perlu mengemukakan maklumat pendapatan pemohon sahaja.
1.5. Soalan:
Adakah sumbangan anak-anak adalah termasuk dalam pengiraan pendapatan isi rumah?
Jawapan:
Pengiraan kadar pendapatan isi rumah mengambil kira semua sumber pendapatan ahli keluarga yang tinggal serumah seperti dari gaji, upah, pencen, hasil sewaan, zakat, bantuan agensi lain, sumbangan anak/ keluarga dan lain-lain punca pendapatan ahli isi rumah.
1.6. Soalan:
Adakah dibolehkan di dalam satu isi rumah menerima bantuan kewangan Persekutuan melebihi satu skim bantuan selain skim OKU memandangkan isi rumah tidak melebihi PGK yang ditetapkan. Contoh Ibu menerima Bantuan Warga Emas dan anak menerima Bantuan Kanak-Kanak.
Jawapan:
Boleh. Dalam satu rumah dibolehkan untuk menerima lebih dari satu skim bantuan asalkan mematuhi syarat-syarat skim bantuan yang berkenaan. Seorang penerima bantuan tidak boleh menerima lebih dari satu skim bantuan bulanan dalam masa yang sama.
1.7. Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin masyarakat?
Jawapan:
Pemimpin masyarakat adalah orang yang diberi mandat untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat tempatan oleh Kerajaan. Mereka boleh terdiri daripada Wakil Rakyat/ Ketua Kampung/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/ Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.
1.8. Soalan:
Adakah pemimpin masyarakat boleh membuat pengesahan pendapatan pada Surat Akuan Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan?
Jawapan:
Boleh sekiranya pemohon/ penerima bantuan tersebut tinggal di lokaliti kendalian pemimpin tempatan tersebut.
1.9. Soalan:
Adakah pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM sebelum tahun 2011 layak dipertimbangkan bantuan di bawah skim bantuan OKU?
Jawapan:
Tidak layak. Pemohon perlu memperbaharui semula pendaftaran OKU sebelum boleh dipertimbangkan bantuan di bawah skim bantuan OKU. Slip pendaftaran sementara kad OKU adalah memadai bagi pembuktian awal semasa membuat permohonan bantuan.
Bagi kes-kes penerima OKU sedia ada yang kad OKU didaftarkan sebelum tahun 2011 digalakkan untuk memperbaharui kad OKU. Pegawai kes juga boleh menyemak status pendaftaran Kad OKU penerima bantuan dalam SMOKU (Halaman semakan OKU) dan mencetak halaman tersebut untuk simpanan fail.
1.10. Soalan:
Bagaimanakah prosedur bagi mendapatkan kelulusan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi kes-kes yang memerlukan kelulusan khas Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan (PKMN)?
Jawapan:
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan perlu membuat permohonan secara bertulis kepada PKMN untuk mendapatkan kelulusan khas tersebut dengan mengemukakan laporan siasatan yang lengkap dengan justifikasi tentang keperluan bantuan untuk dipertimbangkan oleh PKMN. Sekiranya PKMN memberikan kelulusan, Pegawai kes perlu memuatnaik kelulusan tersebut ke dalam Sistem eBantuanJKM dan Pegawai pelulus boleh membuat kelulusan di dalam Sistem eBantuanJKM berdasarkan kelulusan PKMN.
2. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
2.1. Soalan:
Adakah kanak-kanak berumur 18 tahun ke atas (mengikut tahun kelahiran) semasa permohonan layak diambil kira dalam kiraan kadar BKK?
Jawapan:
Tidak layak diambil kira dalam pengiraan kadar BKK kerana melepasi syarat had umur yang ditetapkan.
Contoh:
Puan Aminah mempunyai 3 orang anak yang berumur 15 tahun, 17 tahun dan 18 tahun pada tahun semasa. Beliau memohon BKK. Anak-anak yang layak diambil kira dalam pengiraan kadar BKK adalah yang berumur 15 dan 17 tahun sahaja kerana anak yang berumur 18 tahun telah melepasi syarat kelayakan menerima BKK.
2.2. Soalan:
Adakah kanak-kanak yang berumur dibawah 18 tahun tetapi tidak bersekolah boleh diambil kira dalam penentuan kadar BKK?
Jawapan:
Boleh. Kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun tetapi tidak bersekolah boleh diambil kira dalam penentuan kadar BKK kerana tujuan BKK adalah memastikan kanak-kanak untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak. Namun begitu, isu kanak-kanak tidak bersekolah perlu diselesaikan melalui intervensi kerja kes dan perkhidmatan kaunseling.
2.3. Soalan:
Adakah kadar BKK bagi kes sedia ada akan berubah secara automatik di dalam Sistem eBantuanJKM sekiranya kanak-kanak tersebut telah mencapai usia 18 tahun (mengikut tahun kelahiran)?
Jawapan:
Tidak. Perubahan kadar hanya akan berlaku semasa proses kaji semula dilaksanakan. Kanak-kanak tersebut layak menerima bantuan sehingga kaji semula bantuan dilaksanakan.
Contoh:
Puan Salmah merupakan seorang penerima BKK bagi tempoh September 2024 sehingga Ogos 2025 dengan kadar RM600.00 sebulan yang memberi manfaat kepada KK yang berumur 13 tahun, 15 tahun dan 17 tahun pada tahun kelulusan (2024). BKK Puan Salmah akan dikaji semula pada Jun 2025 dan ketika itu umur anak Puan Salmah adalah berumur 14, 16 dan 18 tahun. Anak-anak yang layak diambil kira dalam pengiraan kadar bagi penyambungan BKK berikutnya adalah yang berumur 14 dan 16 tahun sahaja kerana anak yang berumur 18 tahun telah melepasi syarat kelayakan menerima BKK. Perubahan kadar BKK hanya akan berlaku semasa proses kaji semula dilaksanakan.
2.4. Soalan:
Adakah BKK layak diberikan kepada keluarga/ penjaga yang sedang dalam proses mendaftar lewat kelahiran kanak-kanak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?
Jawapan:
Tidak layak. Penerima bantuan dan penerima manfaat BKK mestilah warganegara Malaysia. Sistem eBantuanJKM juga mewajibkan pengenalan diri kanak-kanak didaftarkan di dalam Sistem eBantuanJKM.
2.5. Soalan:
Bolehkah seorang kanak-kanak bertaraf warganegara yang dipelihara oleh ibu bapa/ penjaga yang bukan warganegara menerima BKK?
Jawapan:
Boleh. Bantuan boleh dipertimbangkan atas nama kanak-kanak berkenaan, dengan syarat kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia.
2.6. Soalan:
Adakah bantuan kewangan JKM boleh dipertimbangkan kepada keluarga/ penjaga yang mempunyai anak yang masih belum disahkan status kewarganegaraan?
Jawapan:
Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada keluarga/ penjaga sehinggalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan status kewarganegaraan kanak-kanak tersebut KECUALI Bantuan Anak Pelihara yang tertakluk kepada punca kuasa pemeliharaan dari Program Anak Pelihara JKM dan Akta Kanak-Kanak 2001.
2.7. Soalan:
Bagi kes kanak-kanak yang berusia dibawah 12 tahun di mana ibu kanak-kanak yang merupakan warganegara telah meninggal dunia dan beliau tinggal bersama bapa yang bukan warganegara. Siapakah yang perlu membuka akaun bersama dengan kanak-kanak ini?
Jawapan:
Anak-anak yang penjaganya bukan warganegara boleh membuka akaun bersama dengan bapa/penjaga yang bukan warganegara di bank dengan syarat-syarat tertentu dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Antara bank yang membenarkan pembukaan akaun bersama bagi kanak-kanak adalah seperti BSN, Maybank dan Agrobank.
2.8. Soalan:
Adakah pelajar yang menerima biasiswa bulanan di sekolah layak menerima BKK?
Jawapan:
Pelajar berumur di bawah 18 tahun yang menerima biasiswa bulanan di sekolah layak dipertimbangkan BKK sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
2.9. Soalan:
Adakah kadar BKK boleh diubah walaupun belum sampai tempoh kajisemula?
Jawapan:
Boleh sekiranya Pegawai kes mempunyai justifikasi kukuh seperti berlaku kematian kepada penerima manfaat atau berlaku perubahan sosio ekonomi penerima bantuan. Proses perubahan kadar mesti dibuat melalui kaji semula bantuan.
3. BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
3.1. Soalan:
Adakah warga emas berumur 60 tahun (mengikut tahun kelahiran) semasa permohonan layak dipertimbangkan BWE?
Jawapan:
Layak dipertimbangkan BWE sekiranya mematuhi syarat-syarat BWE yang ditetapkan.
3.2. Soalan:
Adakah warga emas yang tinggal di Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman boleh dipertimbangkan BWE?
Jawapan:
Warga emas yang tinggal di Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman berbayar layak dipertimbangkan BWE sekiranya pusat tersebut tidak menerima geran rangsum daripada JKM dan menyediakan perkhidmatan/ kemudahan BERBAYAR.
Bagi warga emas yang tinggal di Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman yang menyediakan perkhidmatan secara percuma, BWE tidak layak dipertimbangkan.
3.3. Soalan:
Adakah warga emas yang yang tinggal bersama anak kandung layak dipertimbangkan BWE?
Jawapan:
Layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan isi rumah anak tidak melebihi syarat PGK/ Perkapita semasa serta pendapatan anak tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan keluarga.
3.4. Soalan:
Adakah BWE boleh dipertimbangkan kepada lebih dari seorang bagi yang tinggal di dalam satu rumah?
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat BWE yang ditetapkan.
4. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR/PESAKIT KRONIK TERLANTAR/ PESAKIT KRONIK TIDAK TERLANTAR (BPT)
4.1. Soalan:
Adakah BPT di bawah kategori pesakit kronik tidak terlantar boleh dipertimbangkan atas nama penjaga?
Jawapan:
Tidak boleh. BPT di bawah kategori ini perlu dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri KECUALI bagi kes kanak-kanak/ OKU mental yang tidak boleh membuka akaun bank atas nama sendiri.
4.2. Soalan:
Adakah OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar/ Pesakit Kronik Tidak Terlantar yang tinggal di Pusat Jagaan Berkediaman BERBAYAR boleh dipertimbangkan bantuan di bawah skim ini?
Jawapan:
Tidak boleh kerana BPT hanya diberikan kepada waris/ individu yang memberi jagaan rapi kepada OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar/ Pesakit Kronik Tidak Terlantar dalam persekitaran keluarga sahaja. Namun begitu, mereka boleh dipertimbangkan ke skim bantuan lain yang bersesuaian.
4.3. Soalan:
Adakah Pusat Jagaan Berkediaman yang berdaftar atau tidak berdaftar layak dipertimbangkan BPT jika mereka menjaga OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar/ Pesakit Kronik Tidak Terlantar?
Jawapan:
Tidak layak kerana BPT hanya diberikan kepada waris/individu yang menjaga OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar/ Pesakit Kronik Tidak Terlantar dalam persekitaran keluarga sahaja. Institusi tidak boleh dinamakan sebagai penjaga dalam permohonan BPT ini.
4.4. Soalan:
Adakah waris yang menghantar OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar/ Pesakit Kronik Tidak Terlantar ke Nursing Home layak untuk menerima BPT?
Jawapan:
Tidak layak kerana waris tidak memberi penjagaan rapi kepada OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar tersebut.
4.5. Soalan:
Adakah seorang penjaga yang bekerja boleh dipertimbangkan BPT sekiranya beliau memberi jagaan rapi kepada seorang OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar.
Jawapan:
Seorang penjaga yang bekerja boleh dipertimbangkan BPT sekiranya beliau memberi jagaan rapi kepada seorang OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar asalkan pekerjaan tersebut tidak menjejaskan kualiti jagaan kepada OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar tersebut. Pegawai Kes perlu menjelaskan di dalam laporan siasatan berkenaan bentuk jagaan yang diberikan kepada OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar untuk pertimbangan PKMD.
4.6. Soalan:
Adakah Pesakit OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar yang menerima manfaat BPT boleh dipertimbangkan bantuan lain seperti BTB, BWE, BA Persekutuan atau lain-lain bantuan?
Jawapan:
Penerima manfaat BPT tidak layak dipertimbangkan bantuan di bawah mana- mana skim bantuan lain.
4.7. Soalan:
Adakah pemohon dan Pesakit OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar mesti merupakan warganegara?
Jawapan:
Ya. Bagi pesakit yang tiada penjaga yang layak/ penjaga bukan warganegara, bantuan boleh dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri, dengan syarat pesakit adalah warganegara Malaysia.
4.8. Soalan:
Adakah kadar bantuan BPT ditentukan berdasarkan perkiraan bilangan OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar yang dijaga?
Jawapan:
Kadar BPT ditentukan mengikut bilangan OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar yang dijaga iaitu sebanyak RM500.00 seorang.
4.9. Soalan:
Adakah seorang isteri yang menerima BPT kerana menjaga suaminya yang terlantar dan mempunyai 10 orang anak layak menerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?
Jawapan:
BKK tidak boleh diluluskan di atas nama isteri yang telah menerima BPT. Walau bagaimanapun, BKK boleh dipertimbangkan atas nama anak yang paling dewasa sekiranya memenuhi kelayakan BKK.
4.10. Soalan:
Bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang yang mengidap penyakit kronik tidak terlantar layak menerima BPT?
Jawapan:
Berdasarkan tafsiran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kronik adalah of long duration and generally slow progression disease termasuk penyakit kardiovaskular, kanser, diabetis dan penyakit respiratori kronik; atau
Pesakit Kronik Tidak Terlantar “memerlukan penjagaan/ pengawasan berterusan dalam tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan”.
Pegawai kes perlu membuat penilaian berdasarkan laporan perubatan dan hasil siasatan sejauh mana penyakit kronik tersebut menjejaskan pemohon dari segi kemampuan untuk bekerja, sejauh mana penyakit kronik tersebut boleh menjejaskan usaha mencari pendapatan, dan kos yang terpaksa ditanggung akibat penyakit yang dihidapi sebelum dipertimbangkan bantuan.
5. BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
5.1. Soalan:
Adakah penerima BTB perlu ditamatkan bantuan setelah mencapai usia 60 tahun?
Jawapan:
Penerima BTB yang telah mencapai umur 60 tahun pada tahun semasa (bagi kes yang diluluskan mulai tahun 2025) perlu ditamatkan bantuan beliau kerana had umur maksimum penerima BTB adalah sehingga 59 tahun. Bagaimanapun, bantuan boleh dipertimbangkan di bawah skim bantuan lain sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah skim bantuan berkenaan.
Penerima BTB sedia ada yang berumur 60 tahun dan ke atas (sebelum tahun 2025) dikecualikan mematuhi syarat had umur ini mengikut Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Bilangan 1 Tahun 2025 [Ruj. JKM.100- 1/5/1(1) bertarikh 17 Disember 2024].
5.2. Soalan:
Adakah OKU tidak berupaya bekerja berumur 60 tahun (mengikut tahun kelahiran) semasa permohonan layak dipertimbangkan BTB?
Jawapan:
Tidak layak dipertimbangkan BTB kerana melepasi syarat had umur yang ditetapkan.
5.3. Soalan:
Adakah penerima BTB yang telah mencapai umur 60 tahun (mengikut tahun kelahiran) akan ditamatkan secara automatik di dalam Sistem eBantuanJKM?
Jawapan:
Tidak. Pegawai kes perlu membuat penamatan semasa membuat pemantauan kes pada tahun berkenaan. Penerima tersebut boleh dipertimbangkan bantuan di bawah skim bantuan lain sekiranya berkelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.
5.4. Soalan:
Adakah permohonan BTB wajib mengemukakan Laporan Perubatan dari Pegawai Perubatan Berdaftar sebagai dokumen sokongan?
Jawapan:
Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar/ Pegawai Perubatan/ Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM (Contoh: Pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian) dan direkodkan dalam laporan siasatan.
5.5. Soalan:
Adakah OKU Tidak Berupaya Bekerja yang tinggal di Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman berbayar boleh dipertimbangkan bantuan di bawah skim ini?
Jawapan: OKU yang tinggal di Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman tersebut layak dipertimbangkan BTB sekiranya pusat tersebut tidak menerima geran rangsum daripada JKM dan menyediakan perkhidmatan/ kemudahan BERBAYAR.
5.6. Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan “Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan”?
Jawapan:
Pemohon yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai akses atau kemudahan serta menghalang OKU dari mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Contohnya bagi OKU Penglihatan: majikan di kawasan tersebut tidak menyediakan kemudahan mesin braille/ teknologi bersesuaian; Majikan tidak menyediakan kemudahan OKU seperti pakir OKU, tandas OKU, laluan pejalan kaki OKU dan lain-lain.
6. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
6.1. Soalan:
Adakah had pendapatan bulanan minimum dan maksimum penerima EPOKU ditetapkan?
Jawapan:
Had pendapatan minimum bulanan bagi penerima EPOKU adalah RM100.00 sebulan dan had maksimum adalah berjumlah RM1,700.00 sebulan.
6.2. Soalan:
Adakah OKU yang berumur 16 tahun dan masih bersekolah layak memohon EPOKU?
Jawapan:
Tidak layak kerana pemohon masih berstatus pelajar sekolah.
6.3. Soalan:
Siapakah yang layak mengesahkan penyata pendapatan OKU yang bekerja sendiri?
Jawapan:
Pengesahan OKU yang bekerja sendiri dibuat oleh pihak yang berautoriti seperti Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.
6.4. Soalan:
Adakah OKU yang menjalani latihan pratikal layak menerima EPOKU?
Jawapan:
Tidak layak. Ini adalah kerana OKU yang menjalani latihan praktikal masih berstatus pelatih/ pelajar.
6.5. Soalan:
Berapakah had umur OKU yang layak diberikan Elaun Pekerja OKU (EPOKU)?
Jawapan:
OKU yang berumur 16 tahun dan ke atas. Tiada had umur maksimum selagi OKU tersebut bekerja dan menepati syarat yang telah ditetapkan dalam pemberian EPOKU.
6.6. Soalan:
Adakah OKU yang bekerja di kedai atau syarikat milik ibu bapa layak menerima Elaun Pekerja OKU (EPOKU)?
Jawapan:
OKU tersebut layak diberikan EPOKU sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan.
6.7. Soalan:
Adakah penerima EPOKU layak diberikan Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BATS)/ Bantuan Geran Pelancaran (BGP) memandangkan syarat BATS dan BGP diberikan kepada mereka yang berpendapatan di bawah PGK Miskin Semasa?
Jawapan:
Penerima EPOKU layak diberikan BATS/ BGP kerana golongan ini merupakan kumpulan sasar dan penerima bantuan JKM.
6.8. Soalan:
Pemohon EPOKU mendapat pendapatan yang tidak menentu. Contoh Pendapatan Bulan Januari dan Februari adalah di bawah RM 1,700.00 tetapi pada bulan Mac beliau menerima pendapatan lebih RM 1,700.00 kerana mempunyai elaun kerja lebih masa. Adalah pemohon ini boleh dipertimbangkan EPOKU?
Jawapan:
Pegawai kes boleh meminta pemohon untuk mengemukakan penyata pendapatan/ slip gaji sekurang-kurangnya tiga (3) bulan berturut bagi menentukan purata gaji pemohon. Sekiranya purata pendapatan pemohon kurang daripada RM1,700.00 sebulan, permohonan tersebut boleh dipertimbangkan EPOKU.
7. BANTUAN AM PERSEKUTUAN (BA)
7.1. Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan “Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain”?
Jawapan:
Bagi kes-kes permohonan bantuan yang tidak diliputi di bawah skim bantuan persekutuan lain tetapi memerlukan bantuan bulanan JKM seperti kes yang belum cukup umur 60 tahun untuk diberikan BWE; atau kes OKU yang belum berdaftar sebagai OKU; atau bekas penghuni institusi JKM yang baru dibebaskan bagi menampung kos hidup sebelum mendapat pekerjaan; atau bagi membiayai kos rawatan kesihatan; dan apa-apa kes yang bersesuaian mengikut pertimbangan Pegawai kes dan PKMD.
7.2. Soalan:
Mengapa Bantuan Am Persekutuan hanya terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Putrajaya dan Labuan sahaja?
Jawapan:
WPKL, Putrajaya dan Labuan terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Negeri-negeri lain di seluruh Malaysia telah mempunyai skim Bantuan Am Negeri yang mempunyai fungsi yang sama dari peruntukan Kerajaan Negeri.
8. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
8.1. Soalan:
Apakah takrifan ?Tidak mempunyai ibu bapa dan tinggal bersama keluarga ganti” di dalam kriteria BAP?
Jawapan:
Keluarga ganti adalah waris atau penjaga yang berkelayakan dan sesuai untuk menjaga kanak-kanak tersebut. Keluarga ganti tidak terikat dengan Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan mana-mana Undang-Undang atau Peraturan.
8.2. Soalan:
Adakah keluarga yang mengambil kanak-kanak yang bukan warganegara layak dipertimbangkan BAP?
Jawapan:
Penjaga yang mengambil kanak-kanak bertaraf bukan warganegara tidak layak menerima BAP.
8.3. Soalan:
Adakah keluarga yang memperolehi anak pelihara berstatus stateless melalui Program Anak Pelihara JKM atau melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dipertimbangkan BAP?
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan BAP kerana salah satu syarat menerima BAP adalah syarat menerima BAP bagi Program Anak Pelihara JKM atau melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak KK tidak mestilah warganegara Malaysia.
8.4. Soalan:
Adakah keluarga lain yang menjaga kanak-kanak yang kematian ibu bapa (yatim piatu) layak dipertimbangkan Bantuan Anak Pelihara (BAP)?
Jawapan:
Keluarga tersebut layak menerima BAP sekiranya ahli keluarga tersebut adalah keluarga ganti kepada kanak-kanak tersebut melalui hasil siasatan Pegawai Kes.
9. BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
9.1. Soalan:
Apakah tujuan Bantuan Latihan Perantis (BLP)?
Jawapan:
Tujuan BLP adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-mana agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal (internship) di JKM.
9.2. Soalan:
Adakah kanak-kanak berumur 16 tahun ke atas yang mendapat pendidikan secara formal di Kolej Vokasional, Sekolah Teknik dan institusi latihan kemahiran lain layak dipertimbangkan BLP?
Jawapan:
Tidak layak.
1. Apa itu sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak dalam Daftar Kanak-Kanak?
Sistem semakan ini merupakan sebahagian daripada maklumat dalam Sistem Daftar Kanak-kanak yang boleh diberikan kepada orang-orang yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen 120 Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611].
Sistem Daftar Kanak-Kanak adalah bentuk yang ditetapkan untuk disimpan dan digunakan sebagai Daftar Kanak-kanak di bawah Seksyen 118 Akta 611. Ia merupakan suatu pangkalan data berpusat yang menyimpan maklumat kanak-kanak sama ada mempunyai kes atau disyaki memerlukan pelindungan, maklumat pelaku yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan terhadap kanak-kanak dan apa-apa perkara lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
2. Apakah tujuan semakan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam Daftar Kanak-Kanak ini diwujudkan?
Untuk mempertingkatkan perlindungan dan keselamatan terhadap kanak-kanak; dan
Mencegah dan mengekang jenayah terhadap kanak-kanak daripada berlaku dan berulang.
3. Bagaimana penggunaan Daftar ini dikatakan boleh meningkatkan perlindungan dan keselamatan terhadap kanak-kanak?
Seseorang yang ingin mengambil pekerja dalam bidang berkaitan pengurusan kanak-kanak boleh membuat semakan untuk memastikan individu yang diambil bekerja bebas daripada rekod jenayah terhadap kanak-kanak.
4. Bagaimanakah maklumat pelaku diperolehi?
Maklumat mengenai pelaku yang disabitkan kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak diperolehi daripada pihak mahkamah.
5. Siapakah yang boleh membuat semakan?
Individu termasuk ibu bapa dan agensi yang mengambil kakitangan dalam sektor pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak seperti:
a. Pengasuhan di TASKA atau di Rumah (cth: pengasuh)
b. Penjagaan kanak-kanak di institusi/asrama/pusat jagaan (cth: warden asrama, atendan)
c. Bidang pendidikan seperti tadika, pusat tuisyen (cth:guru, tukang kebun, pengusaha kantin, pengawal keselamatan)
d. Kesihatan/perubatan di klinik/hospital (cth: atendan, jururawat, doktor)
e. Pengangkutan seperti pemandu bas sekolah.
f. Sukan dan Rekreasi
g. Mana-mana yang ditentukan secara munasabah oleh KPKM.
6. Bagaimanakah caranya untuk membuat semakan?
a. Hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah yang berdekatan;
b. Kemukakan kad pengenalan dan dokumen sokongan untuk pendaftaran;
c. Isi borang permohonan; (Muat turun borang disini)
d. Pegawai akan menyemak nombor kad pengenalan individu yang dirujuk.
7. Berapa lama tempoh menunggu untuk mendapatkan maklum balas carian?
Keputusan carian akan diperolehi dalam masa 5 hari bekerja.
8. Bagaimanakah keputusan maklumat carian disampaikan kepada pemohon?
Keputusan carian akan disampaikan secara terus kepada pemohon yang hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau melalui emel/faks/surat sama ada ADA REKOD atau MEMERLUKAN SEMAKAN LANJUT.Keputusan semakan lanjut akan dihantar kepada pemohon dalam tempoh 25 hari bekerja.
9. Adakah maklumat dalam Daftar Kanak-Kanak boleh didedahkan kepada umum?
Maklumat pelaku tidak boleh didedahkan kepada umum. Merujuk kepada Seksyen 121 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana orang yang memberi mana-mana orang lain apa-apa butir yang terkandung dalam Daftar selain menurut seksyen 120 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
10. Adakah semakan boleh dibuat untuk kes jenayah yang lain?
Buat masa ini semakan dalam Daftar Kanak-kanak hanya terhad untuk kes JENAYAH SEKSUAL terhadap kanak-kanak sahaja.
11. Apakah kegunaan keputusan semakan?
Keputusan semakan adalah untuk tujuan permohonan semakan sahaja.
12. Jika carian keputusan TIADA REKOD, adakah ini menjamin keselamatan kanak-kanak?
Ibu bapa haruslah sentiasa mengambil langkah untuk melindungi keselamatan kanak-kanak. Adalah amat penting untuk mengambil langkah-langkah perlindungan tambahan dalam memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terjaga. Tapisan ini hanya membantu untuk menghalang risiko jenayah seksual terhadap kanak-kanak daripada berulang.
13. Bilakah permohonan semakan pesalah jenayah seksual kanak-kanak mula berkuatkuasa?
Permohonan semakan pesalah jenayah seksual kanak-kanak berkuatkuasa mulai 1 April 2019.
| No | Tajuk | Tarikh |
|---|---|---|
| 1 | Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) Oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 | 04/02/2021 |
PENGENDALIAN PENGHUNI WARGA EMAS DI INSTITUSI
1. Apakah maksud Penjarakan Sosial/Social Distancing dan melaksanakan 3C dan 3W?
Ia bermaksud tidak berjabat tangan, mengelakkan daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri dari orang sekeliling dan berada di rumah sepanjang masa atau jika tidak sihat kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Penjarakan sosial bertujuan untuk meningkatkan jarak fizikal antara manusia atau mengurangkan kekerapan perkumpulan manusia dalam suasana yang padat.
Pengusaha/petugas/penghuni pusat jagaan hendaklah sentiasa mengamalkan amalam3C dan 3W. 3C (crowded places, confined spaces & close conversation) adalah mengelakkan kawasan sesak dan sempit tertutup serta tidak bertutur pada jarak dekat. Manakala 3W (wash, wear & warn) pula ialah amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun; digalakkan memakai topeng muka di tempat awam atau jika bergejala; serta memberi amaran berkonsep peringatan seperti tidak bersalaman, mengamalkan adab batuk yang baik dan memeriksa suhu badan.
2. Siapakah yang tidak dibenarkan memasuki institusi?
Mereka yang tidak dibenarkan memasuki Institusi termasuklah kakitangan, pekerja kontrak swasta, Ahli Lembaga Pengarah (ALP), pelawat dan orang awam jika ada:
i. Mempunyai sebarang gejala COVID-19 seperti batuk, selsema, demam, sakit tekak atau sukar bernafas atau suhu badan melebihi 37.5 ºC.
ii. Sejarah perjalanan ke mana-mana negara atau ada kaitan dengan kluster COVID-19 dalam tempoh 14 hari bermulanya gejala.
iii. Kemungkinan kontak rapat dengan sesiapa yang positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bermulanya gejala.
iv. Kemungkinan kontak rapat dengan sesiapa yang telah diuji untuk COVID-19 melainkan keputusannya negatif.
3. Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di institusi?
Setiap institusi perlu mengamalkan langkah-langkah berikut walaupun tiada jangkitan COVID-19.
i. Membuat saringan suhu badan di pintu-pintu masuk Institusi;
ii. Memastikan bekalan termometer tanpa kontak atau termometer infrared (contactless or infrared thermometer) dan alat perlindungan seperti hand sanitizer, penutup mulut dan hidung (face mask) serta sarung tangan mencukupi;
iii. Memastikan hand sanitizer diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai seperti kaunter, pejabat, asrama, bilik mesyuarat dan laluan penghuni. Pastikan juga ia kerap diperiksa dan diisi semula;
*Disarankan penggunaan pembasmi kuman tangan berasaskan alkohol dengan kandungan lebih daripada 60% etanol atau 70% isopropanol.
iv. Membuat semburan nyahkuman/ disinfeksi di persekitaran institusi terutamanya pada permukaan yang mudah dicemari seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang dan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan bagi keseluruhan kawasan institusi;
v. Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan latihan kepada kakitangan khususnya penggunaan alat pelindung seperti sarung tangan, penutup mulut dan hidung (face mask), penutup kepala dan sarung pakaian yang betul;
vi. Memakai topeng muka di mana perlu terutamanya jika terdapat penghuni yang tidak sihat dan mempunyai batuk ringan atau biasa, selesema atau demam;
vii. Mengamal penjarakan sosial di dalam institusi;
viii. Memastikan institusi sentiasa berada dalam keadaan bersih;
ix. Memastikan penghuni memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika mempunyai simptom-simptom seperti batuk, selesema dan demam;
x. Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri penghuni;
xi. Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun pencuci sebelum digunakan semula;
xii. Memasak makanan dengan sempurna; dan
xiii. Buka semua tingkap untuk pengudaraan asrama yang baik.
4. Apakah peranan kakitangan dan penghuni untuk mencegah penularan wabak COVID-19 ini?
Kakitangan dan penghuni hendaklah mengamalkan amalan kesihatan dan kebersihan yang baik pada setiap masa:
i. Mengekalkan tahap kebersihan diri dan wajib mengikuti program saringan COVID-19;
ii. Kerap mencuci tangan dengan air yang bersih selama sekurang-kurangnya 20 saat menggunakan sabun atau menggunakan hand sanitizer (terutamanya sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, selepas menggunakan tandas atau selepas batuk atau bersin);
iii. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika mempunyai tanda-tanda jangkitan pernafasan seperti batuk atau selesema;
iv. Menutup mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin dan membuang tisu itu ke dalam tong sampah serta-merta dan mencuci tangan dengan teliti selepas itu;
v. Elakkan bersentuhan seperti bersalaman, memeluk dan/atau mencium;
vi. Elakkan minum/makan daripada cawan, pinggan mangkuk, peralatan makanan yang mungkin telah disentuh/diguna oleh orang lain;
vii. Tanggalkan kesemua barang kemas dan jam tangan sebelum memulakan kerja bagi memastikan kebersihan tangan;
viii. Elakkan dari mendekati orang yang sakit, kurang sihat atau menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam panas, batuk atau sesak nafas;
ix. Elakkan daripada menziarahi orang yang sakit jika diri tidak sihat atau mempunyai tanda-tanda jangkitan;
x. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika tidak sihat. Sekiranya kakitangan disyaki/bergejala COVID-19, arahan saringan COVID-19 perlu dikeluarkan; dan
xi. Bagi mana-mana kakitangan didapati positif, wajib mengikuti program pemulihan KKM dan dilarang hadir bertugas di institusi.
5. Adakah perhimpunan dibenarkan selepas PKPB?
Tidak digalakkan sebarang bentuk perhimpunan dan aktiviti sosial beramai-ramai di institusi seperti perhimpunan kakitangan dan penghuni, perhimpunan pagi dan sambutan perayaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghindari sebarang risiko jangkitan.
6. Bolehkah ahli keluarga berjumpa dengan penghuni?
Boleh. Perjumpaan terhad kepada dua (2) ahli keluarga sahaja dalam satu-satu masa. Perjumpaan tersebut hendaklah mengamalkan pemakaian penutup mulut dan hidung (face mask) dan mematuhi jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.
Walau bagaimanapun ahli keluarga perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran memasuki institusi. Sila rujuk jawapan Soalan 2 di atas.
7. Apakah yang perlu dilakukan oleh institusi bagi penghuni yang baru pulang bercuti dengan keluarga?
Saringan suhu badan hendaklah dilakukan sebaik penghuni melapor diri. Sekiranya dikesan demam dengan gejala jangkitan pernafasan atau mengalami selesema dan batuk, penghuni perlu dirujuk segera ke hospital/klinik untuk pemeriksaan lanjut.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika terdapat penghuni tidak sihat?
Penghuni yang tidak sihat hendaklah diasingkan di bilik pengasingan dan perlu mendapatkan pemeriksaan segera Pegawai Perubatan di klinik/hospital.
9. Saya seorang penghuni di institusi dan bercadang hendak ke pekan berjumpa rakan. Bolehkah saya diberi cuti harian?
Tidak boleh. Semua pergerakan penghuni secara sendiri di luar institusi adalah ditangguhkan pada masa ini.
10. Bagaimanakah aktiviti dan program penghuni di institusi dalam tempoh wabak COVID-19?
Institusi boleh meneruskan aktiviti fizikal bersesuaian secara berjadual dan dinasihatkan mengambil langkah-langkah berikut dalam merancang dan melaksanakan aktiviti penghuni bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
i. Menghadkan bilangan lawatan, program dan penyertaan dalam aktiviti luar/dalaman untuk mengurangkan risiko pendedahan penghuni kepada orang awam;
ii. Mengurangkan aktiviti yang merentasi kemudahan, asrama atau blok;
iii. Menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil. Bilangan peserta dalam kumpulan kecil bergantung keluasan lantai dengan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter;
iv. Sentiasa mengingatkan agar mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat; dan
v. Aktiviti hanyalah melibatkan penghuni yang sihat dan tidak bergejala.
11. Bolehkah institusi membawa penghuni riadah/outing di luar institusi?
Tidak digalakkan. Walau bagaimanapun sekiranya perlu aktiviti luar seperti riadah/outing dibenarkan dengan mematuhi syarat-syarat berikut:
i. Penglibatan dalam kumpulan kecil antara 5 hingga 10 penghuni;
ii. Tempat riadah/outing bukan tumpuan orang awam atau berisiko;
iii. Penghuni yang terlibat hendaklah yang sihat dan tiada sebarang/sejarah penyakit kronik;
iv. Tempoh aktiviti tidak melebihi 2 jam;
v. Mengamalkan penjarakan sosial semasa dan sepanjang aktiviti;
vi. Mengamalkan kebersihan diri yang baik dan sempurna seperti kerap membasuh tangan; dan
vii. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika tidak sihat atau berada di tempat awam.
12. Bolehkah institusi menerima kehadiran sukarelawan?
Boleh. Aktiviti sukarelawan dibenarkan dan terhad kepada aktiviti pemulihan fisioterapi dan cara kerja sahaja dengan mematuhi syarat-syarat berikut:
i. Menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil. Bilangan peserta dalam kumpulan kecil bergantung keluasan lantai dengan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter; dan
ii. Sentiasa mengamalkan amalan kesihatan dan kebersihan yang baik pada setiap masa seperti pemakaian face mask.
13. Bagaimanakah mengendalikan penghuni yang tidak sihat?
Setiap kakitangan/pekerja yang mengendalikan penghuni yang tidak sihat hendaklah memastikan memakai alat perlindungan seperti sarung tangan, penutup mulut dan hidung (face mask), penutup kepala dan sarung pakaian bagi
mencegah jangkitan COVID-19. Alatan pelindungan yang digunakan hendaklah dibuang/dilupuskan dalam tong sampah dengan cara yang betul.
14. Institusi menerima kemasukan penghuni baharu. Apakah yang perlu dilakukan?
Ketua Institusi bertanggungjawab memastikan tindakan berjaga-jaga pencegahan wabak COVID-19 diambil tindakan di setiap institusi. Setiap penghuni baharu perlulah dibuat saringan awal kesihatan seperti pemeriksaan suhu badan sebaik melapor diri dan diasingkan di bilik pengasingan selama tempoh 14 hari.
Sekiranya tidak sihat, sila rujuk jawapan Soalan 8 di atas.
15. Pada bulan Ramadhan/hari perayaan, institusi banyak menerima undangan ke majlis berbuka dan penyampaian sumbangan kepada penghuni. Bolehkah institusi membawa penghuni ke program undangan majlis penyampaian sumbangan/majlis hari raya sama ada di luar atau dalam institusi?
Tidak digalakkan. Aktiviti luar perlu dikurangkan bagi mengelakkan penghuni khususnya warga emas terdedah jangkitan wabak COVID-19. Sekiranya perlu kehadiran penghuni, institusi dibenarkan membawa penghuni dengan syarat-syarat berikut:
i. Bilangan penghuni yang minimum antara 2 hingga 5 orang;
ii. Penghuni yang hadir hendaklah yang sihat dan tiada sebarang/sejarah penyakit kronik;
iii. Tempoh program tidak melebihi 2 jam; dan
iv. Mengamalkan penjarakan sosial semasa dan sepanjang program.
16. Syarikat ABC hendak mengadakan program bersama penghuni dan menyampaikan sumbangan di institusi. Adakah dibenarkan program berkenaan?
Sebarang bentuk lawatan dan program oleh pihak luar yang melibatkan aktiviti bersemuka bersama penghuni adalah tidak dibenarkan. Larangan ini termasuklah lawatan ke fasiliti institusi dan asrama penghuni. Namun, penyampaian program sumbangan oleh pihak luar kepada institusi diberi kebenaran dengan mematuhi syarat-syarat berikut:
i. Kehadiran/penglibatan terhad antara 10 hingga 15 orang tanpa penglibatan penghuni;
ii. Diadakan di dalam dewan/ruang pejabat;
iii. Saringan suhu badan terhadap semua yang terlibat;
iv. Tempoh program tidak melebihi 2 jam;
v. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika tidak sihat; dan
vi. Mengamalkan penjarakan sosial sepanjang program.
17. Bagaimanakah temujanji dan pemeriksaan kesihatan penghuni selepas PKPB?
Penghuni perlu hadir menjalani pemeriksaan mengikut tarikh temujanji yang diberikan.
18. Penghuni yang menerima wang saku bulanan secara tunai perlu cop jari pada baucar bayaran. Saya sebagai Pembantu Kebajikan Masyarakat telah ditugaskan untuk membuat bayaran wang saku tersebut. Apakah tindakan yang boleh saya lakukan bagi mencegah wabak ini?
i. Pembayaran wang saku penghuni secara perseorangan (individu);
ii. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask);
iii. Amalkan penjarakan sosial;
iv. Memakai sarung tangan semasa pembayaran kepada penghuni yang tidak sihat;
v. Mengelakkan bersentuhan seperti bersalaman;
vi. Kerap membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer); dan
vii. Menggalakan pembayaran secara EFT kepada akaun penghuni.
19. Adakah dewan makan boleh beroperasi seperti biasa (sebelum wabak)?
Tidak digalakkan. Walau bagaimanapun institusi boleh mengubah cara pengendalian makanan di dewan makan dengan mematuhi amalan penjarakan sosial dan kebersihan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketua Institusi perlu menyedia dan menampal Notis-notis Peringatan / Poster / Infografik di premis masing-masing berkenaan SOP menjaga penjarakan sosial satu (1) meter (termasuk menyediakan garisan satu (1) meter), sentiasa membasuh / sanitasi tangan, sentiasa memakai penutup hidung dan mulut, had bilangan penghuni dan lain-lain.
20. Apakah peranan syarikat perkhidmatan swasta (kontrak) di institusi dalam mengawal penularan jangkitan COVID-19?
Syarikat perkhidmatan swasta bertanggungjawab memastikan:
i. Pekerja yang bekerja adalah sihat iaitu bebas-gejala;
ii. Pekerja dibekalkan penutup mulut dan hidung (face mask) dan hand sanitizer yang mencukupi;
iii. Sentiasa amalkan penjarakan sosial; dan
iv. Pihak syarikat disaran menyediakan surat kesihatan/bebas COVID-19 bagi setiap pekerja kontrak terbabit.
21. Bolehkah Ahli Lembaga Pelawat (ALP) mengadakan mesyuarat?
Boleh. ALP dibenarkan mengadakan mesyuarat dengan mengamalkan penjarakan sosial dan tidak melibatkan lawatan kepada penghuni.
22. Bolehkah membawa penghuni Solat Jumaat di masjid atau yang berhampiran selepas PKP tamat?
Tidak boleh. Namun begitu, Bergantung kepada kelulusan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri, jika Solat Jumaat dibenarkan, Ketua Institusi hendaklah mengaturkan perjalanan tersebut dengan mematuhi syarat-syarat minimum berikut:
i. Penghuni bebas gejala COVID-19;
ii. Seorang pengiring (kakitangan) bagi setiap 10 penghuni;
iii. Berwuduk di institusi;
iv. Membawa sejadah sediri;
v. Mengamalkan penjarakan sosial termasuk di dalam kenderaan;
vi. Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer ketika pergi dan pulang dari masjid/rumah ibadat;
vii. Amalan bersalam-salaman selepas solat secara berjemaah/aktiviti keagamaan boleh ditangguhkan/dielakkan untuk sementara waktu; dan
viii. Hanya penghuni berumur 70 tahun ke bawah dibenarkan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan Solat Jumaat tertakluk kepada kebenaran dan panduan daripada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
23. Adakah aktiviti keagamaan di surau termasuk solat berjemaah dibolehkan?
Boleh dilaksanakan dengan mematuhi Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh JKM melalui surat JKM/100/02/6/Jld.7(22) bertarikh 22 Mei 2020.
24. Sekiranya aktiviti keagamaan di surau atau rumah ibadat lain diberi kebenaran, apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Kakitangan dan penghuni yang bergejala seperti batuk, selesema dan demam serta khuatir dijangkiti COVID-19, dinasihatkan untuk tidak mengikuti aktiviti keagamaan seperti menunaikan solat berjemaah/aktiviti keagamaan kerana dibimbangi akan menjangkiti orang lain. Bagi mencegah penularan wabak COVID-19, institusi hendaklah sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Institusi juga diingatkan supaya mengambil tindakan awal pencegahan seperti berikut:
i. Membersihkan permaidani, pintu dan selusur (railing) dengan menggunakan bahan pencuci dan bahan penyahjangkit (disinfectant); dan
ii. Menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di setiap pintu masuk surau.
Bagi penghuni bukan Islam, aktiviti keagamaan/kerohanian di luar institusi dan rumah ibadat tidak dibenarkan. Aktiviti hendaklah dijalankan dalam institusi. dengan kehadiran paderi/sami jemputan sahaja dengan syarat-syarat berikut:
i. Paderi/Sami mematuhi jawapan Soalan 2 di atas;
ii. Penghuni bebas gejala COVID-19;
iii. Penghuni yang berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir;
iv. Kebenaran ini juga hanya untuk 1 hari sahaja dalam seminggu bagi hari-hari keutamaan keagamaan masing-masing;
v. Penglibatan dalam kumpulan kecil dan terhad tidak melebihi 5 orang penghuni setiap kali aktiviti; dan
vi. Saringan suhu badan sebelum dan selepas serta pemakaian topeng muka (face mask) mesti dipatuhi setiap masa.
25. Sekiranya berlaku kematian di institusi (bukan pesakit COVID-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?
Jika kematian bukan pesakit COVID-19, institusi boleh menguruskan jenazah dengan waris terdekat dan khariah masjid/surau berhampiran sahaja. Sebelum jenazah diurus, pihak institusi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan/ Penolong Pegawai Perubatan hospital berhampiran dan membuat laporan kematian sebagaimana biasa dilapor kepada pihak Polis.
Panduan pengurusan jenazah dan penganjuran majlis tahlil atau seumpamanya selepas PKPB tertakluk kepada kebenaran dan panduan daripada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
Manakala bagi jenazah yang meninggal dunia sebab berkaitan dengan COVID-19 hendaklah diuruskan dan diserahkan kepada hospital berdekatan.
26. Apakah tindakan yang perlu diambil jika ada berlaku jangkitan COVID-19 di dalam institusi?
Jika penghuni disahkan positif COVID-19, Ketua Institusi hendaklah:
i. Memaklumkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat;
ii. Mengasingkan penghuni yang dijangkiti ke bilik pengasingan;
iii. Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah; dan
iv. Menyediakan laporan awal dan memaklumkan dengan segera kepada Ibu Pejabat JKM;
Jika berkaitan kakitangan, Ketua Institusi perlulah bertindak dengan segera tanpa menunjukkan kebimbangan yang berlebihan untuk mengelakkan panik dalam kalangan kakitangan dengan mengambil tindakan berikut:
i. Memastikan kakitangan lain yang ada kaitan atau kontak dengan kakitangan bergejala berkenaan dikenal pasti dan dipantau serta menunggu arahan lanjut daripada pihak KKM;
ii. Melaksanakan nyahkuman /disfeksi dengan serta merta di seluruh institusi; dan
iii. Sekiranya terdapat kakitangan yang berada di bawah pemerhatian KKM (person under investigation) atau di bawah perintah pemerhatian di rumah, pekerja terbabit tidak dibenarkan datang bekerja dan perlu menjalani tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh KKM.
27. Sampai bila Institusi perlu mengambil langkah/amalan pencegahan COVID-19?
Amalan yang diterapkan di institusi ketika ini bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 perlu diteruskan dan bersedia untuk satu jangka masa yang panjang selagi wabak jangkitan COVID-19 tidak diisytiharkan tamat.
Institusi perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang masa dan terus membiasakan dengan amalan norma baharu' atau 'new normal’ selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.



