Bantuan Sekaligus

KADAR

RM200.00 sebulan seorang.

TUJUAN

Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-mana agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal (internship) di JKM.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian.
  3. Anak-anak penerima bantuan.
  4. Bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan.
  5. Kes-kes seliaan akhlak.
  6. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.
  7. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.

 

NOTA

  1. Kelulusan berdasarkan tempoh latihan.
  2. Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan MyKad.
  2. Salinan Kad OKU Berdaftar dengan JKM (sekiranya berkaitan).
  3. Salinan surat tawaran latihan; atau
  4. Pengesahan menjalani latihan daripada agensi pengendali latihan.
  5. Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini.
  6. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html