| Bil | Tajuk | Pautan |
|---|---|---|
| 1 | Akta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (Diperbadankan) 1948 [Akta 529] | Muat Turun |
| 2 | Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] | Muat Turun |
| 3 | Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Pindaan) 2007 [Akta A1285] | Muat Turun |
| 4 | Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] | Muat Turun |
| 5 | Akta Pusat Jagaan Pindaan 2007 [Akta A 1292] | Muat Turun |
| 6 | Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] | Muat Turun |
| 7 | Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 [Akta A1414] | Muat Turun |
| 8 | Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 [Akta A1538] | Muat Turun |
| 9 | Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 [Akta A1511] | Muat Turun |
| 10 | Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] | Muat Turun |
Advokasi dilaksanakan bagi tujuan mendidik masyarakat khususnya kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan dengan Undang-undang di bawah Jabatan dan yang berkait rapat dengan bidang kuasa Jabatan.
Kempen Anti Pengemisan
Pendaftaran - TASKA dan Pusat Jagaan
Perlindungan kes keganasan rumahtangga
Hak Kanak Di Bawah Konvensyen Mengenai Kanak-Kanak
| Bil | Tajuk | Pautan |
|---|---|---|
| 1 | Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai III-Senarai Bersama | Muat Turun |
| 2 | Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] | Muat Turun |
| 3 | Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] | Muat Turun |
| 4 | Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta A670] dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 [A1500] | Muat Turun |
| 5 | Akta Keterangan 1950 [Akta 56] | Muat Turun |
| 6 | Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676] | Muat Turun |
| 7 | Akta Kaunselor 1998 [Akta 580] | Muat Turun |
| 8 | Akta Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Akta Kanun Tatacara Jenayah Pindaan 2012 [Akta A1423] | Muat Turun |
| 9 | Akta Penjagaan Budak 1961 | Muat Turun |
Senarai Rekod dan Bahan-bahan berkaitan Undang-undang di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah Jabatan bagi rujukan generasi akan datang:
Akta Mahkamah Budak-Budak 1947
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973
PERATURAN - PERATURAN
| Bil | Tajuk | Pautan |
|---|---|---|
| 1 | Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Pasukan Perlindungan Kanak-kanak & Pasukan Kebajikan Kanak-kanak) 2017 | Muat Turun |
| 2 | Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Pembantu Pelindung) 2017 | Muat Turun |
| 3 | Peraturan-peraturan Kanak-Kanak (Sekolah Diluluskan) 2017 | Muat Turun |
| 4 | Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 2017 | Muat Turun |
| 5 | Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 | Muat Turun |
| 6 | Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 | Muat Turun |
| 7 | Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994 | Muat Turun |
| 8 | Peraturan-peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 | Muat Turun |
| 9 | Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Borang dan Daftar ditetapkan) 2007 | Muat Turun |
| 10 | Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 2017 | Muat Turun |
| 11 | Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Orang Yang Layak dan Sesuai) 2017 | Muat Turun |
| 12 | Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Perlindungan) 2017 | Muat Turun |
| 13 | Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pemeliharaan Berasaskan Keluarga) 2017 | Muat Turun |
| 14 | Peraturan-Peraturan Keganasan Rumahtangga (Borang Yang DItetapkan) 2018 | Muat Turun |
KAEDAH - KAEDAH
| Bil | Tajuk | Pautan |
|---|---|---|
| 1 | Kaedah-kaedah bagi Pusat-pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 | Muat Turun |
| 2 | Kaedah-kaedah Pengurusan Rumah-rumah Pesakit Melarat 1978 | Muat Turun |
| 3 | Kaedah-kaedah Workshop Terlindung 1979 | Muat Turun |
| 4 | Kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-orang Papa 1981 | Muat Turun |
| 5 | Kaedah-kaedah bagi Pengurusan Rumah Orang Tua 1983 | Muat Turun |
Pegawai Kebajikan Masyarakat yang diwartakan di bawah Jabatan ini mempunyai kad kuasa bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diberi mengikut peruntukan akta-akta berikut :
Akta Kanak-kanak 2001 - Pelindung
Akta Kanak-Kanak 2001 - Pegawai Akhlak
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - Pegawai Diberi Kuasa TASKA
Akta Pusat Jagaan 1993 - Pegawai Diberi Kuasa Pusat Jagaan
Akta Orang-Orang Papa 1977
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
Contoh Kad Kuasa

PENGURUSAN DAN PERLINDUNGAN MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA
Pengurusan dan perlindungan mangsa keganasan rumah tangga adalah berdasarkan peruntukan bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521]. Akta ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1996.
Akta ini telah dibuat pindaan sebanyak dua (2) kali iaitu pada tahun 2011 dan tahun 2017. Pindaan kali pertama telah diwartakan pada 9 Februari 2012 dan telah mula berkuatkuasa pada 20 Februari 2012. Pindaan kali kedua telah diwartakan pada 21 September 2017 dan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018. Akta ini bertanggungjawab memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga sama ada melalui Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim (IPO), Perintah Perlindungan (PO) atau penempatan sementara di tempat selamat yang telah diluluskan oleh Menteri.
FALSAFAH DI SEBALIK AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 [AKTA 521]
Membendung kecenderungan untuk menggunakan keganasan rumah tangga;
Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dan memelihara kesejahteraan dalam keluarga;
Sebagai ‘instrumen’ untuk mangsa mendapatkan perlindungan segera apabila keganasan diperlakukan ke atas dirinya.
MATLAMAT AKTA
i) Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga dan perkara-perkara bersampingan dengannya; dan
ii) Sebagai pembaikan keadaan yang memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan bukan bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah rumah tangga.
PEMAKAIAN AKTA
Akta ini terpakai kepada semua orang dalam Malaysia.
TAFSIRAN KEGANASAN RUMAH TANGGA (SEKSYEN 2, AKTA 521)
i) Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
ii) Mencederakan mangsa secara fizikal;
iii) Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tidak melakukannya;
iv) Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa;
v) Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa;
vi) Menyebabkan penderaan psikologi yang termasuk kecederaan emosi kepada mangsa;
vii) Menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang;
viii) Dalam hal jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang;
ix) Dengan curang menggelapkan harta mangsa yang menyebabkan mangsa itu mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan (Pindaan 2017);
x) Mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa itu takut akan keselamatan dirinya atau hartanya, keselamatan pihak ketiga, atau mengalami kesedihan (Pindaan 2017);
xi) Berhubung dengan mangsa, atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa, dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, eletronik atau sebaliknya (Pindaan 2017).
SIAPA YANG BOLEH MENDAPAT PERLINDUNGAN DI BAWAH AKTA INI
i) Isteri atau suaminya atau bekas isteri atau bekas suami;
(termasuk isteri atau suami de facto iaitu seseorang yang melalui suatu bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak-pihak yang berkenaan walaupun perkahwinan itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan)
ii) Kanak-kanak (berumur bawah 18 tahun yang tinggal sebagai anggota keluarga);
iii) Mana-mana anggota keluarga lain seperti anak lelaki atau perempuan dewasa, ibu atau bapa, abang, kakak atau adik.
PERANAN JKM DALAM MEMBANTU MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA
i) Mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan / Emergency Protection Order (EPO).
ii) Membantu mendapatkan Perintah Perlindungan Interim / Interim Protection Order (IPO) dan Perintah Perlindungan / Protection Order (PO) daripada mahkamah.
iii) Menguruskan penempatan sementara di tempat selamat.
iv) Mengurus / Menyelaras/ Melaksanakan Program Pemulihan kepada mangsa.
v) Memberikan perkhidmatan kaunseling.
vi) Memberikan khidmat nasihat berkaitan Akta.
vii) Merujuk kepada agensi lain berdasarkan keperluan.
PERINTAH PERLINDUNGAN KECEMASAN, SEKSYEN 3A
Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) dikeluarkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Yang DiBeri Kuasa (PKMDBK) di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Terpakai kepada mangsa keganasan rumah tangga sebagaimana peruntukan subseksyen berikut:
i) Subseksyen 2(a)- Sengaja meletakkan atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal
ii) Subseksyen 2(b) - Mencederakan mangsa secara fizikal
EPO boleh dimohon pada bila-bila masa, sama ada mangsa telah mempunyai IPO atau PO sebelum itu dan IPO atau PO itu masih belum selesai
PERINTAH PERLINDUNGAN INTERIM (IPO)
IPO hendaklah dipohon secara ex - parte di mahkamah oleh:
i) mangsa;
ii) peguam mangsa; atau
iii) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi pihak mangsa.
Permohonan IPO boleh dimohon di mana-mana Mahkamah dalam daerah:
i) mangsa itu tinggal;
ii) orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal;
iii)keganasan rumah tangga yang dikatakan itu berlaku; atau
iv) mangsa itu ditempatkan buat sementara.



