Bahagian Kawal Selia TASKA

Bahagian Kawal Selia TASKA

Penerangan Am

Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA bermula dengan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Lanjutan daripada itu, YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian subsidi ini semasa pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013. Walaupun Pilihanraya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 telah berlaku perubahan pentadbiran dan kepimpinan negara Malaysia, namun pemberian subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA tetap diteruskan dalam Bajet 2019. Ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA dan seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.

Syarat-Syarat Permohonan

Antara kriteria-kriteria utama yang menjadi asas pertimbangan pemberian subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak di TASKA iaitu:
 

BILKategoriKriteria
1 Kanak - kanak
  1. berumur di bawah 4  tahun;
  2. bagi tahun kalendar di mana umur kanak-kanak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pangasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar; dan
  3. mendapat asuhan dan didikan awal secara bulanan di TASKA yang berdaftar dengan JKM, kecuali TASKA Komuniti.
2 Ibu Bapa / Penjaga
  1. Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia;
  2. Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar;
  3. Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar(Sila rujuk perincian pengiraan untuk pendapatan perkapita seperti di Lampiran A.);
3 TASKA / Penjaga
  1. Pengusaha adalah warganegara Malaysia;
  2. TASKA berdaftar dengan JKM;
  3. Mempunyai bank akaun yang aktif atas nama TASKA; dan
  4. Pengusaha TASKA yang memohon Subsidi Yuran Pengasuhan hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM.

 

Prosedur Permohonan

01

Lengkapkan Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) dari Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.

02

Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.

03

Borang YP1 dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) dikemukakan oleh pengusaha TASKA kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang berkenaan untuk disemak dan disahkan.

04

Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:
 
IBU BAPA/ PENJAGA
 
Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen berikut:

i

salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;

ii

salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;

iii

salinan resit yuran bulanan TASKA;

iv

salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;

v

salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);

vi

salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan

vii

salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.

Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.
 
PENGUSAHA TASKA
 
Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen berikut:

i

salinan kad pengenalan pengusaha;

ii

salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;

iii

salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;

iv

surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan

v

semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.

Nota: semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan

Kadar Subsidi Yuran Pengasuhan

01

Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.

02

Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.

03

Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

Makluman

KELULUSAN

01

Selepas permohonan diluluskan, pengusaha TASKA/ ibu bapa/ penjaga akan dimaklumkan keputusan dan pembayaran wang subsidi akan disalurkan ke dalam akaun TASKA.

02

Pengusaha TASKA hendaklah menandatangani Borang YP5 (Borang Akuan Penerimaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak).

03

Pengusaha juga bertanggungjawab memaklum dan mengesahkan pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga kanak-kanak, dan membuat bayaran balik yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga (jika ada).

04

Borang YP6 (Kad Rekod Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak) hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga sebagai akuan penerimaan subsidi yuran pengasuhan TASKA.

TEMPOH PERMOHONAN
 
Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.
 
PEMULANGAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN
 
Subsidi yuran pengasuhan hendaklah dipulangkan kepada JKMN dalam keadaan berikut:

i

kanak-kanak tidak hadir ke TASKA melebihi satu (1) bulan; atau

ii

kanak-kanak berhenti dari TASKA; atau

iii

kanak-kanak bertukar ke TASKA lain; atau

iv

atas sebab-sebab lain yang diarahkan oleh JKM.

Baki wang subsidi yuran pengasuhan yang tidak dibelanjakan hendaklah dikembalikan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dengan menggunakan Borang YP7 (Borang Maklumat Pemulangan Subsidi Yuran/ Lebihan Subsidi Yuran Pengasuhan) dengan menggunakan cek/ Money Order/ Postal Order atas nama “PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI ......”.

Borang

Antara dua borang permohonan yang perlu dilengkapkan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:

i

Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) untuk dilengkapkan oleh ibu bapa/ penjaga; dan

ii

Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) untuk dilengkapkan oleh pengusaha TASKA.

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html