Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan kepada OKU keutamaannya kategori fizikal. Terdapat beberapa kursus yang telah disediakan, antaranya ialah:
- Kursus vokasional seperti Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2).
- Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 3).
- Kursus Pemasangan Elektrik (Satu Fasa).
- Kursus Prostetik dan Ortotik.
- Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda).
Kursus pra-vokasional turut disediakan seperti berikut:
- Kursus Seni Lukis.
- Kursus Teknologi Batik.
PLPP berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi OKU keutamaannya kategori fizikal yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan dan sukan para, ke arah mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.
Syarat-syarat permohonan kemasukan ke PLPP adalah seperti berikut:
- OKU fizikal yang berdaftar dengan JKM.
- Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
- Berkelulusan SPM, PMR atau sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira.
- Berkeupayaan menguruskan diri.
- Bebas daripada pengaruh dadah.



