Taman Sinar Harapan (TSH) merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Pembelajaran. TSH merupakan Tempat Selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kanak-kanak OKU Pembelajaran yang memerlukan perlindungan. Pada masa ini terdapat tujuh (7) buah TSH di seluruh negara. Penghuni ditempatkan di TSH bagi tempoh tiga (3) tahun atau sehingga mencapai had umur yang ditetapkan. Dalam tempoh tersebut, penghuni akan diberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan yang sewajarnya mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977. Terdapat dua (2) cara kemasukan ke TSH iaitu secara sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 atau melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Hits: 27



