Bantuan Kewangan Bulanan

Bantuan Bulanan Persekutuan

KADAR

Minimum sebanyak RM200.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000.00 sebulan mengikut pecahan berikut:

  1. RM250.00 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
  2. RM200.00 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga di bawah 18 tahun.

 

TUJUAN

  1. Membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu ibu/bapa/penjaga memelihara anak/kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/kanak-kanak.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
  4. Keluarga/penjaga dan anak/kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/bapa mereka/penjaga/saudara-mara/lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
  5. Anak/kanak-kanak tiada penjaga yang layak kerana ibu/bapa bukan warganegara, diisytiharkan bankrap atau muflis, atau ibu/bapa OKU Mental. Bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan.
  6. Anak/kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK), Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK.
  7. Anak/kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.

 

NOTA

  1. Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran.
  2. Perubahan kadar BKK akan berlaku semasa proses kaji semula.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan MyKad pemohon.
  2. Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama.
  3. Surat/Penyata pendapatan daripada majikan.
  4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/Penggawa/Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/Pekerjaan) jika bekerja sendiri.
  5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri).
  6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air, elektrik, telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat).
  7. Salinan penyata akaun bank terkini/slip pengesahan akaun bank terkini.
  8. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah:
    1. Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu/bapa/penjaga.
    2. Bagi kes ibu/bapa/penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu/bapa/penjaga warganegara.
    3. Bagi ibu/bapa/penjaga muflis/OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu/bapa/penjaga yang tidak muflis/OKU Mental.
  9. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

MS
custom_html
FAQ
custom_html
custom_html
custom_html