Komuniti

Komuniti

Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)/Community Based Rehabilitation Programme (CBR) adalah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini dilaksanakan melalui pendekatan multisektoral dengan penglibatan aktif Orang Kurang Upaya, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh agensi kerajaan, swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemimpin tempatan melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial dengan menggunakan sumber tempatan. Ianya berbeza dengan perkhidmatan institusi kebajikan yang mengasingkan Orang Kurang Upaya daripada penjaga dan komuniti.

PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Objektif

  1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
  2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
  3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
  4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
  5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

  • Home Based.
  • Centre Based.
  • Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

  • Kemahiran motor kasar.
  • Kemahiran motor halus.
  • Perkembangan sosial.
  • Perkembangan bahasa.
  • Pengurusan diri sendiri.
  • Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
  • Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
  • Latihan Vokasional.
  • Terapi muzik.
  • Sukan dan rekreasi.

Konsep PDK "One Stop Centre"

PDK "One Stop Centre" sebagai "Focal Point" kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.


Peranan PDK "One Stop Centre"

  • Pusat Intervensi Awal OKU.
  • Pusat Sumber Maklumat OKU.
  • Pusat Rujukan OKU.
  • Pusat Pendaftaran OKU.
  • Pusat Advokasi.

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html