
Nama: Dr. Sopian Bin Hj. Brahim
Jawatan: Pengarah
Telefon: 03-8323 2266
Faks: 03-8323 2052
E-mel:
INFO BAHAGIAN
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah ditubuhkan secara rasmi bagi menggantikan fungsi Bahagian Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penubuhan jabatan khusus ini merupakan komitmen jitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam memperkasa ekosistem perlindungan, kebajikan, dan pembangunan kanak-kanak di Malaysia secara menyeluruh dan holistik.
JENIS KUMPULAN SASAR :
Kanak - Kanak
FUNGSI BAHAGIAN DI BAWAH JPKK
Jabatan ini memastikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan, kawal selia dan pemerkasaan advokasi kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan melalui pecahan bahagian berikut: 1. BAHAGIAN PERLINDUNGAN (BPL)
i.Pengurusan Pemeliharaan dan Perlindungan: Merancang, mengurus, dan memantau perkhidmatan kanak-kanak berkaitan pemeliharaan dan perlindungan berdasarkan akta dan peraturan yang berkuat kuasa termasuk Pemeliharaan Berasaskan Keluarga (PBK), penempatan kepada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS), urusan anak pelihara, serta perkhidmatan luar bagi pengintegrasian semula kanak-kanak lepasan institusi perlindungan agar keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terjamin.
ii.Pemerkasaan Hak Kanak-Kanak (CRC & MPKK): Memastikan obligasi hak kanak-kanak berlandaskan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) melalui pemerkasaan dan penglibatan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) termasuk mempromosi dan menyediakan khidmat nasihat, konsultasi, serta representasi dalam merangka dan melaksanakan program yang menyokong hak-hak dan penyertaan kanak-kanak.
iii.Pembangunan Sosial & Sokongan Psikososial: Menguruskan pembangunan sosial termasuk isu perkahwinan bawah umur, pengangkatan, kewarganegaraan, dan daftar lewat kelahiran, memperkasakan pelindung dan pembantu pelindung serta membangunkan sokongan psikologi serta emosi melalui pelbagai perkhidmatan kaunseling, bimbingan, dan intervensi psikologi.
iv.Penggubalan Dasar & Modul Strategik: Menyedia dan menyelaras input berkaitan penggubalan dasar, pelan tindakan, pelan strategik yang sesuai mengenai hak kanak-kanak serta membangunkan modul pemeliharaan dan perlindungan.
vi.Tadbir Urus Sistem & Aduan Antarabangsa: Mengurus dan menyelaras pelantikan Ketua Pendaftar dan Pendaftar di bawah Seksyen 9 (Akta Kanak-Kanak 2001), Sistem Perkhidmatan Kanak-kanak (Sistem ANAK) serta mengendalikan aduan berkaitan perkhidmatan kanak-kanak termasuk kes kanak-kanak antarabangsa / International Social Service (ISS).
vii.Pengurusan Parlimen: Menyelaras pengurusan parlimen JPKK.
2. BAHAGIAN PEMATUHAN DAN ADVOKASI (BPA)
i.Pemeriksaan & Pemantauan Penguatkuasaan: Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas institusi kanak-kanak, perkhidmatan luar termasuk pemantauan terhadap kanak-kanak dalam jagaan ibu bapa peliharaan, jagaan susul, Pemeliharaan Berasaskan Keluarga (PBK) dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS), pengurusan TASKA, serta pemantauan fail kes perlindungan dan pemulihan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).
ii.Siasatan Aduan: Menyiasat aduan mengenai sebarang bentuk pelanggaran hak-hak kanak-kanak.
iii.Kerjasama Strategik Multisektoral: Membina kerjasama antara pelbagai pihak melalui pelaksanaan program atau aktiviti advokasi berkaitan kanak-kanak dan khidmat sokongan dengan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan integrasi komuniti bersama organisasi berasaskan komuniti (CBO), pihak korporat, swasta serta aktivis sosial.
iv.Pengurusan Komuniti Sokongan: Mengurus dan menyelaras Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK), Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) dan Rumah Tunas Harapan (RTH) berkaitan peruntukan, pengoperasian, keanggotaan penubuhan baru dan pelaksanaan program / aktiviti dalam menyokong pembangunan kanak-kanak melalui pendekatan yang holistik dan bersepadu.
vi.Sekretariat Majlis Kebangsaan: Bertindak sebagai sokongan padu oleh sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak (MKBKK) serta mengurus dan menyelaras MKBKK berkaitan peruntukan, jawatankuasa, keanggotaan dan pelaksanaan program / aktiviti.
vii.Sokongan Organisasi: Merancang dan menyelaras pelaksanaan program melalui hubungan multisektoral dengan jabatan / agensi / NGO berkaitan kanak-kanak serta menyelaras hal ehwal pengurusan organisasi JPKK termasuk perjawatan kontrak.
3. BAHAGIAN RESTORATIF (BRS)
i.Perkhidmatan Pemulihan Koreksional: Merancang, mengurus dan memantau perkhidmatan perlindungan dan pemulihan, kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah, kanak-kanak tidak terkawal serta tindakan koreksional berdasarkan akta dan peraturan yang berkuat kuasa termasuk perihal perkhidmatan luar.
ii.Khidmat Sokongan Sosial (Child Support Service): Menguruskan khidmat sokongan sosial untuk perkhidmatan pengintegrasian semula kanak-kanak lepasan institusi pemulihan, khidmat saksi, khidmat bantuan guaman (legal aid), fit for travel, penasihat mahkamah bagi menyediakan bantuan, sokongan dan merangka program yang memenuhi keperluan khusus kepada kanak-kanak dan keluarga serta berkolaborasi dengan pelbagai agensi.
iii.Penyeliaan Rumah Perlindungan: Menyelaras dan Menyelia Rumah Perlindungan Kanak-Kanak (RP) dan program-program di bawah Akta Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Migran 2007.
vi.Program Diversion & Pemantauan: Merancang dan mengurus Program Diversion bagi kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan memperkasakan pegawai akhlak.
vi.Inovasi Pemulihan & Piawaian Kualiti: Membangunkan modul pembangunan pemulihan dan menyelaras projek Alternative to Detention (ATD) serta menguruskan MS ISO perkhidmatan luar.
vii.Sistem e-DKK & Kewangan: Menyelaras sistem semakan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam daftar kanak-kanak (Sistem e-DKK) serta menguruskan peruntukan kewangan perkhidmatan kanak-kanak JPKK.
4. BAHAGIAN PEMERKASAAN INSTITUSI (BPI)
i.Pembangunan Modal Insan Institusi: Merancang, mengurus, memantau dan menyelia program-program pembangunan sosial, kerohanian, pendidikan dan pengurusan penjagaan kanak-kanak di institusi serta projek pembangunan institusi.
ii.Latihan Kemahiran Bertauliah: Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan program latihan kemahiran di institusi kanak-kanak supaya menepati standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui sistem pentauliahan Pusat Bertauliah dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
iii.Tadbir Urus & Pengoperasian Institusi: Mengurus, menyelaras dan memantau pengoperasian Institusi (Tempat Selamat, Sekolah Diluluskan, Asrama Akhlak dan Tempat Perlindungan) selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017, Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Sekolah Diluluskan) 2017, Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Asrama Akhlak) 2017 dan Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Perlindungan) 2017 yang berkuat kuasa.
iv.Penyeliaan Lembaga Pelawat & Penasihat: Menyelaras dan menyelia pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Institusi Kanak-Kanak, Jawatankuasa Penasihat Disiplin dan Intervensi Institusi serta pengurusan pentadbiran dan pengoperasian institusi.
vi.Modul & Pematuhan MS ISO: Mengurus dan menyelaras MS ISO institusi serta membangunkan modul institusi.
vii.Pengintegrasian Semula Komuniti: Mengurus dan menyelaras pengintegrasian kanak-kanak daripada perkhidmatan institusi kepada perkhidmatan luar (Anjung Sinar).
viii.Pengurusan Fiskal Institusi: Merancang, menyelaras dan menguruskan peruntukan kewangan perkhidmatan institusi kanak-kanak.
5. BAHAGIAN KAWAL SELIA TASKA (BKT)
i.Pendaftaran & Saringan Industri: Mengurus dan mengawal selia perkhidmatan pendaftaran serta pengawalan kualiti bagi taman asuhan kanak-kanak TASKA termasuk saringan kepada majikan dan pekerja industry jagaan kanak-kanak bagi memastikan keperluan dan perkembangan kanak-kanak terjamin.
ii.Pembangunan Modul & Intervensi: Merancang dan menyelaras program intervensi yang bersesuaian dan pembangunan Modul TASKA bagi memberi sokongan kepada keluarga dalam memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
iii.Sistem Digital Pengurusan Awal: Merancang, membangunkan dan menyelaras modul serta sistem berkaitan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak, termasuk Sistem eZi2Care dan Modul Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA.
iv.Advokasi TASKA Tidak Berdaftar: Menyelaras program kepada TASKA yang tidak berdaftar bagi memastikan ia beroperasi secara sah.
vi.Pengurusan Insentif & Subsidi: Menyelaras dan merancangan pemberian inisiatif dan insentif kepada pengusaha TASKA dan ibu bapa seperti pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak.
vii.Pengiktirafan Kursus & Peperiksaan (KAP): Menyelaras Kursus Asuhan PERMATA (KAP) yang dilaksanakan oleh agensi yang diiktiraf dan mematuhi Garis Panduan dan TOR yang telah ditetapkan serta menyelaras Peperiksaan KAP kepada peserta kursus bagi memastikan hanya individu yang terlatih dilantik sebagai pengasuh berdaftar.
viii.Peningkatan Kompetensi Pegawai: Menyelaras keperluan latihan dan kemahiran kepada Pegawai JPKK.




