Bahagian Pembangunan Kerjaya

Bahagian Pembangunan Kerjaya

Projek kerjasama JKM – JICA juga merangkumi program DET yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai ketidakupayaan. DET ialah satu proses penyertaan untuk mempelajari tentang ketidakupayaan (disability) daripada perspektif Model Sosial. Bagi tempoh November 2006 hingga Oktober 2020, JKM dengan kerjasama JICA telah melatih seramai 84 OKU sebagai jurulatih DET sepenuh masa dan 22 orang daripadanya adalah Pegawai JKM. Manakala program DET yang telah dijalankan semenjak 2010-2020 adalah sebanyak 105 kali.

Disability Equality Training (DET)

DET merupakan satu kaedah yang komprehensif untuk memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan berasaskan pada perspektif Model Sosial. Latihan ini telah digunapakai di peringkat antarabangsa dan memberi kesan yang positif terutama bagi mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang bersifat inklusif. DET dibangunkan oleh sekumpulan OKU dari United Kingdom dan mula dilaksanakan pada akhir tahun 1970-an sebelum diperkembangkan ke seluruh dunia. Di Malaysia, DET diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Japan International Cooperate Agency (JICA) dalam projek kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membangunkan pelbagai perkhidmatan bagi menyokong penyertaan penuh dan berkesan OKU dalam masyarakat.

Matlamat utama DET ialah mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan (disability) disamping dapat mengenalpasti puncanya. Bukan itu saja, peserta dapat membezakan antara kekurangan/kecacatan (impairment) dengan ketidakupayaan (disability). Akhirnya, peserta tidak lagi melihat kekurangan/kecacatan sebagai punca berlakunya ketidakupayaan. Malahan, peserta dapat bertindak atau merancang sesuatu perkara tentang OKU bertepatan dengan keperluan mereka.

DET relevan untuk semua yang mana peserta boleh terdiri daripada OKU mahupun orang upaya. Dengan kata lain, latihan ini terpakai untuk semua golongan sasar dengan matlamat agar mereka dapat menerima dan memahami OKU. Ia bersifat memperkasa untuk peserta dikalangan OKU dan kesedaran/pemahaman bagi orang upaya. Selain itu, peserta dapat memahami maksud ketidakupayaan secara meluas dalam konteks Model Sosial, malah dilatih untuk mengadakan pelan dan tindakan untuk memecahkan segala halangan/batasan yang menghalang OKU bagi turut serta sepenuhnya dalam masyarakat.

Jurulatih Training of Trainer of DET (TOT DET) di Malaysia dan Asia Pasifik (Muat turun disini)

Hubungi Kami

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

+603-8871 3417

pro_jkm@jkm.gov.my

Pautan Pantas

Direktori
e-Penyertaan
Aduan & Maklumbalas
Statistik Perkhidmatan Dalam Talian

Talian Kasih
Nombor Telefon: 15999 (Bebas tol dan beroperasi 24 jam)
420096885 277459331727648 6533635286062607832 n Whatsapp: 019-2615999
Waktu Operasi: 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Laman Popular
Jumlah Pelawat Keseluruhan
1,410
Hari Ini
15
Semalam
2
Minggu Ini
15
Bulan Ini
72

Pilih bahasa anda

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html