Bahagian Pematuhan dan Advokasi

Bahagian Pematuhan dan Advokasi

PENGENALAN
Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha mencegah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Pelindungan Kanak-kanak.PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.
 
PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dengan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari orang perseorangan.Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Pelindungan Kanak-kanak.Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang. 

Peranan PAKK dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Pelindungan Kanak-kanak:

a

Tempat perlindungan: Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

b

Pusat advokasi: Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.

c

Pusat sumber: Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.

d

Pusat Pembelajaran: Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.

e

Pusat Intervensi Krisis: Menyediakan sesi kaunseling.

f

Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi: Sukan / riadah / program kebudayaan/ kesenian dan sebagainya.

g

PAKK berfungsi menjalankan aktiviti/program dan memberikan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kepada kanak-kanak.

Hubungi Kami

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

+603-8871 3417

pro_jkm@jkm.gov.my

Pautan Pantas

Direktori
e-Penyertaan
Aduan & Maklumbalas
Statistik Perkhidmatan Dalam Talian

Talian Kasih
Nombor Telefon: 15999 (Bebas tol dan beroperasi 24 jam)
420096885 277459331727648 6533635286062607832 n Whatsapp: 019-2615999
Waktu Operasi: 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Laman Popular
Jumlah Pelawat Keseluruhan
1,410
Hari Ini
15
Semalam
2
Minggu Ini
15
Bulan Ini
72

Pilih bahasa anda

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html