Bahagian Restoratif

Bahagian Restoratif

Penerangan Am

Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Dalam Daftar Kanak-kanak diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa/individu/majikan yang mengambil seseorang untuk menguruskan kanak-kanak membuat semakan bagi memastikan individu tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Semakan ini penting untuk mempertingkatkan perlindungan dan keselamatan terhadap kanak-kanak dan mencegah dan mengekang jenayah terhadap kanak-kanak daripada berlaku dan berulang.

Syarat-Syarat Permohonan Semakan

Pemohon yang dibenarkan untuk membuat semakan ini ialah ibubapa/individu/ majikan yang mengambil pekerja/kakitangan dalam sektor pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak seperti:-

1. Pengasuhan di TASKA atau di Rumah (cth: pengasuh)

2. Penjagaan kanak-kanak di institusi/asrama/pusat jagaan (cth: warden asrama, atendan)

3. Bidang pendidikan seperti tadika, pusat tuisyen (cth:guru, tukang kebun, pengusaha kantin, pengawal keselamatan)

4. Kesihatan/perubatan di klinik/hospital (cth: atendan, jururawat, doktor)

5. Pengangkutan seperti pemandu bas sekolah.

6. Sukan dan Rekreasi

7. Mana-mana yang ditentukan secara munasabah oleh KPKM.

8. Semakan boleh dibuat ke atas pekerja sedia ada atau bakal pekerja dengan mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan.

Prosedur Permohonan

1. Daftar akaun di Sistem ANAK dan log masuk bagi membuat permohonan
2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
3. Imbas semua dokumen yang diperlukan dalam bentuk PDF untuk dimuatnaik ke dalam sistem.
4. Hantar permohonan melalui sistem dan hubungi JKM sekiranya terdapat masalah, persoalan atau untuk menyemak status permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

1. Surat akuan majikan atau Pendaftaran syarikat atau pertubuhan (muat naik ke dalam Sistem ANAK)
2. Salinan kad pengenalan pekerja atau bakal pekerja (muat naik ke dalam Sistem ANAK)

Makluman

Sistem Semakan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak dalam Daftar Kanak-Kanak hanya menyimpan rekod kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak sahaja

Borang

Permohonan secara dalam talian
Sistem ANAK (Semakan e-DKK)

Hubungi Kami

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

+603-8871 3417

pro_jkm@jkm.gov.my

Pautan Pantas

Direktori
e-Penyertaan
Aduan & Maklumbalas
Statistik Perkhidmatan Dalam Talian

Talian Kasih
Nombor Telefon: 15999 (Bebas tol dan beroperasi 24 jam)
420096885 277459331727648 6533635286062607832 n Whatsapp: 019-2615999
Waktu Operasi: 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Laman Popular
Jumlah Pelawat Keseluruhan
1,410
Hari Ini
15
Semalam
2
Minggu Ini
15
Bulan Ini
72

Pilih bahasa anda

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html