PENGENALAN
Projek Organisasi Komuniti (POK) merupakan program kerja sosial untuk mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar Jabatan. POK ini memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif untuk mengendalikan masalah sosioekonomi yang dialami.
Pelaksanaan Projek Organisasi Komuniti bukan hanya terhad kepada inisiatif kumpulan sasar tetapi memerlukan inisiatif Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
TUJUAN PROJEK ORGANISASI KOMUNITI
Tujuan POK adalah seperti berikut:
Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti;
Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat;
Menggalakkan penglibatan secara demokrasi;
Menyelesaikan masalah sosial melalui “self-help”;
Mewujudkan masyarakat penyayang;
Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya.
OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK ORGANISASI KOMUNITI
Objektif pelaksanaan POK adalah seperti berikut:
Untuk menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti kumpulan sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat;
Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti; dan
Memaksimumkan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.
KUMPULAN SASAR
Klien Jabatan;
Bekas pelatih atau penghuni institusi Jabatan;
Komuniti miskin dan termiskin.
JENIS PROJEK
Terdapat lima (5) jenis projek POK seperti berikut:
Projek Ekonomi;
Projek Latihan Kemahiran;
Projek Pendidikan Sosial;
Projek Pendidikan Kerohanian;
Projek Khidmat Masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Pemerkasaan Komuniti.



