Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas yang tinggal berseorangan atau dengan keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta.

Objektif Unit Penyayang Warga Emas ialah:

1. Memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan serta keperluan sosial warga emas yang difikirkan perlu / rasional.

2. Meringankan beban tanggungan kos pengangkutan bagi warga emas yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Menggerakkan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dalam usaha membantu golongan warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak mampu menguruskan kehidupan tua mereka.

3. Meningkatkan aksesibiliti warga emas terhadap kemudahan-kemudahan awam yang disediakan khususnya kemudahan perubatan seperti klinik atau hospital kerajaan / swasta.

4. Memberi kemudahan kepada warga emas yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal dan mental yang menghadkan pergerakan mereka untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan lain yang diperlukan demi kesejahteraan mereka.

Pada masa ini hanya terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.

BilNEGERILOKASI PENEMPATAN
1 Perlis

Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, 

Jln Jejawi Utan Buluh, , 02600 Arau 

Perlis 

2 Kedah

Pusat Aktiviti Warga Emas Kulim 

Lot 3489 Lorong 6/6 Fasa 2F 

Taman Mutiara , Sg Kob, 09700 Kulim 

Kedah

3 Selangor

Pusat Aktiviti Warga Emas Sabak Bernam , 

Jalan Parit 1, Sg Besar , 43500 Sabak Bernam

Selangor

4 Melaka

Pejabat MPKSM Negeri Melaka 

Dewan Hang Tuah 2, Jln Hang Tuah, 75300 

Melaka

5 Wilayah persekutuan

Ibu Pejabat Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia

(Central Welfare Council Of  Malaysia)

No.2A, Lorong Syed Putra Kiri,

Off Jalan Syed Putra,

50460 Kuala Lumpur.

6 Pahang

Pusat Aktiviti Warga Emas , 

Pekan Lot 2592 Kg Geylang, 26000 Pekan 

Pahang 

7 Pahang

Pusat Aktiviti Warga Emas Raub, 

Lot 68, Jalan Lipis, , 27600 Raub, 

Pahang 

8 Terengganu

Pusat Aktiviti Warga Emas Besut, 

PT 3426 Jalan Tembila Kg Paya Rawa 

22000 Besut 

Terengganu 

9 Kelantan

Rumah Sejahtera Pondok Hidayah 11, 

Batu 30, 18500 Machang 

Kelantan

Hubungi Kami

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

+603-8871 3417

pro_jkm@jkm.gov.my

Pautan Pantas

Direktori
e-Penyertaan
Aduan & Maklumbalas
Statistik Perkhidmatan Dalam Talian

Talian Kasih
Nombor Telefon: 15999 (Bebas tol dan beroperasi 24 jam)
420096885 277459331727648 6533635286062607832 n Whatsapp: 019-2615999
Waktu Operasi: 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Laman Popular
Jumlah Pelawat Keseluruhan
1,410
Hari Ini
15
Semalam
2
Minggu Ini
15
Bulan Ini
72

Pilih bahasa anda

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html