Community Empowerment

Pemerkasaan Komuniti

PENGENALAN

Projek Organisasi Komuniti (POK) merupakan program kerja sosial untuk mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar Jabatan. POK ini memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif untuk mengendalikan masalah sosioekonomi yang dialami.

Pelaksanaan Projek Organisasi Komuniti bukan hanya terhad kepada inisiatif kumpulan sasar tetapi memerlukan inisiatif Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

TUJUAN PROJEK ORGANISASI KOMUNITI

Tujuan POK adalah seperti berikut:

  1. Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti;

  2. Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat;

  3. Menggalakkan penglibatan secara demokrasi;

  4. Menyelesaikan masalah sosial melalui “self-help”;

  5. Mewujudkan masyarakat penyayang;

  6. Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK ORGANISASI KOMUNITI

Objektif pelaksanaan POK adalah seperti berikut:

  1. Untuk menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti kumpulan sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat;

  2. Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti; dan

  3. Memaksimumkan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.

KUMPULAN SASAR

  1. Klien Jabatan;

  2. Bekas pelatih atau penghuni institusi Jabatan;

  3. Komuniti miskin dan termiskin.

JENIS PROJEK

Terdapat lima (5) jenis projek POK seperti berikut:

  1. Projek Ekonomi;

  2. Projek Latihan Kemahiran;

  3. Projek Pendidikan Sosial;

  4. Projek Pendidikan Kerohanian;

  5. Projek Khidmat Masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Pemerkasaan Komuniti.

Contact Us

The Social Welfare Department
Level 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Precint 4, 62100 Putrajaya.

The Social Welfare Department
Level 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Precint 4, 62100 Putrajaya.

Quick Links

Directory
e-Participation
SISPAA
Statistic of Online Services

Talian Kasih
Phone Number: 15999 (Free Toll)
420096885 277459331727648 6533635286062607832 n Whatsapp: 019-2615999
Operation Hours: 24 hours per day, 7 days per week

Popular Sites
Jumlah Pelawat Keseluruhan
1,411
Today
16
Yesterday
2
This Week
16
This Month
73

Select your language

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

BM
custom_html
FAQ
custom_html
custom_html
custom_html