Pendaftaran OKU adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri dikeluarkan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Pendaftaran OKU ini boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
Kurang Upaya Pendengaran
Tahap pendengaran boleh dibahagikan kepada lima (5) tahap seperti berikut:
Bil | Kategori | Tahap Pendengaran | Keterangan |
|---|---|---|---|
i | Normal | 20 dBHL dan ke bawah | Boleh mendengar semua bunyi pertuturan |
ii | Ringan | 21-40 dBHL | Boleh mendengar bunyi perlahan. Boleh mendengar bunyi pertuturan dalam suasana senyap. |
iii | Sederhana | 41-70 dBHL | Sukar mendengar bunyi pertuturan dalam suasana senyap |
iv | Teruk | 71-90 dBHL | Tidak dapat mendengar walaupun dalam suasana senyap. Hanya mendengar bunyi kuat Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain |
v | Sangat Teruk | 91 dBHL dan ke atas | Tidak dapat mendengar walaupun bunyi kuat. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain |
Kurang Upaya Pendengaran Dan Kecacatan Telinga Kekal
Kurang upaya pendengaran bermaksud ketidakupayaan pendengaran kekal pada kedua-dua belah telinga ATAU di sebelah telinga.
Kecacatan telinga kekal merujuk kepada kecacatan struktur telinga / sindrom berkaitan yang mengganggu fungsi individu tersebut.
Seseorang individu layak disahkan sebagai kurang upaya sekiranya memenuhi salah satu atau lebih, dari empat (4) sub-kategori seperti berikut:
Bil | Sub-Kategori | Keterangan |
|---|---|---|
i | Bilateral hearing loss | Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya: a) Tahap pendengaran ?40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz) b) Tahap pendengaran ? 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz) |
ii | Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss | Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ? 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz) |
iii | Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan telinga /sindrom berkaitan pendengaran contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc. | Disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi sahaja |
iv | Lain-lain |
Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU pendengaran adalah seperti berikut:
i. OKU pendengaran hendaklah disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi;
ii. Pengesahan daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) juga diperlukan bagi memastikan pemohon telah mendapat diagnosis yang tepat sebelum dikategorikan sebagai OKU pendengaran.
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang upaya penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain-lain gangguan penglihatan kekal.
Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada empat (4) sub kategori seperti berikut:
Bil | Sub Kategori | Keterangan |
|---|---|---|
i | Terhad di kedua-dua belah mata | Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fiksasi |
ii | Buta di kedua-dua belah mata | Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di kedua-dua belah mata |
iii | Buta di sebelah mata | Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di sebelah mata |
iv | Lain-lain gangguan penglihatan kekal Contoh : albanism | Disahkan oleh Pakar Oftalmologi sahaja |
Kurang Upaya Pertuturan
Kurang upaya pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.
Bagi kanak-kanak, mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas atau umur yang lebih awal bagi kes tertentu yang disahkan Pakar)
Kurang upaya pertuturan boleh dibahagikan kepada lima (5) sub kategori seperti berikut:
Bil | Sub Kategori | Keterangan |
|---|---|---|
i | Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks Contoh : | Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik. (Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak dan lain-lain berkaitan). |
ii | Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder) Contoh : | Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu. |
iii | Kecelaruan Suara (Voice Disorders) Contoh : | Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut. |
iv | Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders) Contoh : | Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor |
v | Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder) Contoh : Hypernasality | Masalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia |
Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU pertuturan adalah seperti berikut:
i. OKU pertuturan hendaklah disahkan oleh Pakar Perunding Otorinolaringologi
ii. Pengesahan daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) juga diperlukan bagi memastikan pemohon telah mendapat diagnosis yang tepat sebelum dikategorikan sebagai OKU pertuturan.
Kurang Upaya Fizikal
Kurang upaya fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya.
Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem tubuh yang menyebabkan ketidakfungsian.
Kurang upaya fizikal boleh dibahagikan kepada tujuh (7) sub kategori seperti berikut:
Bil | Kategori | Keterangan |
|---|---|---|
i | Limb Defect | Keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan: Tangan
|
ii | Spinal Cord Injury | Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan. |
iii | Strok | Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak. |
iv | Kerdil Contoh: Achondroplasia | Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi |
v | Traumatic Brain Injury | Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak. |
vi | Cerebral Palsy | Keadaan kekal di mana berlaku masalah pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat gangguan bukan progresif di bahagian otak . Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut: Hemiplegia Diplegia Quadriplegia |
vii | Lain-lain | Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal. |
Kurang Upaya Pembelajaran
Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.
Kurang upaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada enam (6) sub kategori seperti berikut:
Bil | Kategori | Keterangan |
|---|---|---|
i | Global Developmental Delay (GDD)
| Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun. |
ii | Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
| Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21. |
iii | Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)
| Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls. |
iv | Autisme (Autism Spectrum Disorder)
| Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi. |
v | Intelektual
| Kurang Upaya Intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal/mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas. |
vi | Specific Learning Disability (Specific LD) | Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik. Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain. |
Bagi pemohon yang mempunyai lebih daripada satu sub kategori pembelajaran, penentuan sub kategori bagi tujuan cetakan pada Kad OKU adalah berdasarkan sub kategori yang dominan.
i. Penentuan tahap pada sub kategori pembelajaran adalah optional.
ii. OKU pembelajaran bagi kanak-kanak iaitu individu yang berumur di bawah 18 tahun boleh disahkan oleh Pegawai Perubatan.
Kurang Upaya Mental
Kurang upaya mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.
Kurang upaya mental boleh dibahagikan kepada empat (4) sub kategori seperti berikut:
Bil | Kategori | Keterangan |
|---|---|---|
i | Organic Mental Disorder yang serius dan kronik | Dementia in Alzheimer’s disease Vascular dementia Other mental disorders due to brain damage and dysfunction and to physical disease |
ii | Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders | Schizoaffective Disorders Persistent Delusional Disorder Other non organic psychotic disorders |
iii | Mood Disorder | Bipolar affective disorder Recurrent depressive disorder Persistent mood disorders Other mood disorders |
iv | Severe Anxiety Disorder | Phobic Anxiety disorders (Fobia) Panic disorder Generalized anxiety disorder Mixed anxiety and depressive disorder Obsessive Compulsive Disorder (OCD) |
Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU mental adalah seperti berikut:
i. OKU mental hanya boleh disahkan oleh Pakar Psikiatri yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja
ii. Pemohon mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
Kurang Upaya Pelbagai
Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 31 Januari 2026
STATISTIK PENDAFTARAN OKU SEHINGGA 31 JANUARI 2026
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 28 Februari 2026
STATISTIK PENDAFTARAN OKU SEHINGGA 28 FEBRUARI 2026
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 31 Mac 2026
STATISTIK PENDAFTARAN OKU SEHINGGA 31 MAC 2026
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 30 April 2026
STATISTIK PENDAFTARAN OKU SEHINGGA 30 APRIL 2026
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 31 Mei 2026
STATISTIK PENDAFTARAN OKU SEHINGGA 31 MEI 2026
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 30 Jun 2026
STATISTIK PENDAFTARAN OKU SEHINGGA 30 JUN 2026
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 31 Julai 2026
Dokumen Pengenalan Sementara OKU ialah dokumen yang dikeluarkan setelah permohonan pendaftaran OKU diluluskan. Dokumen ini dikeluarkan atas permintaan OKU/ waris yang memerlukan dan sah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sementara Kad OKU dicetak.
Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar beserta laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan.
Permohonan pendaftaran OKU boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan atau secara dalam talian dengan menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) Pindaan 2019 melalui sesawang www.jkm.gov.my atau www.oku.jkm.gov.my
Kelululusan Permohonan Pendaftaran OKU juga boleh disemak melalui sesawang www.jkm.gov.my atau www.oku.jkm.gov.my
i. Warganegara Malaysia
ii. Telah disahkan oleh pakar perubatan/pegawai perubatan Kerajaan atau pakar perubatan/pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR)/ Malaysia Medical Council (MMC)
* Bagi OKU jelas (kudung tangan/kaki, kudung ibu jari tangan/kaki atau kehilangan mana-mana 2 jari tangan/kaki) boleh disahkan oleh Penolong Pendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian
i. Borang Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
ii. Borang Permohonan Pendaftaran OKU - BPPOKU (Pindaan 2019)
iii. Salinan MyKad / My Kid / surat beranak Salinan Kad OKU Lama (bagi kes pendaftaran semula)
iv. Sekeping gambar berukuran pasport bagi pemegang MyKid dan surat beranak
v. Laporan perubatan yang berasingan (jika berkenaan)
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCETAK
BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN 2019
Borang Permohonan Pendaftaran OKU juga boleh diisi secara dalam talian dan dicetak melalui pautan:
http://oku.jkm.gov.my/
Maklumat lanjut berkenaan pendaftaran OKU dan keistimewaan OKU berdaftar boleh diperolehi daripada
Risalah Pendaftaran OKU dan Kesitimewaan kepada OKU berdaftar
SENARAI KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN OKU
Maklumat Kemudahan dan Keistimewaan bagi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh didapati dalam risalah berikut:
Kandungan tiada
Lampiran 1 : Senarai Semak SYPA
Lampiran 2 : Senarai Permohonan Kanak-kanak
YPA 1 : Borang Permohonan SYPA IBUBAPA PENJAGA
YPA 2 : Borang Permohonan SYPA PUSPA
Salah satu komitmen Kerajaan sebagai langkah penyediaan intervensi awal kepada kanak-kanak OKU melalui Pertubuhan Sukarela Kebajikan ialah dengan penubuhan TASKA OKU seperti berikut:
TASKA OKU Down Sindrom - TASKA ANISD ini dikendalikan oleh Persatuan Sindrom Down Malaysia, telah dibuka di Presint 11, Putrajaya dan mula beroperasi pada 1 Julai 2013.
- TASKA Mesra Cheshire (Fizikal) - Dikendalikan oleh Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home), telah dibuka di Likas, Sabah dan mula beroperasi pada 11 November 2013.
- TASKA OKU Mesra Cheshire Sandakan (Fizikal) - Dikendalikan oleh Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah di Sandakan.
- TASKA OKU Semangat Maju (Pembelajaran) - TASKA Semangat Maju Ipoh dikendalikan oleh Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek Perak, telah dibuka di Kampung Tawas, Ipoh dan mula beroperasi pada 6 Januari 2014.
- TASKA OKU Autisme (Autisme) - TASKA Autism dikendalikan oleh Persatuan Autisme Sibu, telah dibuka di Sibu, Sarawak dan mula beroperasi pada 2 Januari 2014.
- TASKA OKU Istika Jaya (Pendengaran) - TASKA Istika Jaya dikendalikan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia, telah dibuka di Bandar Puchong Jaya dan mula beroperasi pada 6 Januari 2014.
- TASKA OKU St. Nicholas (Penglihatan) - TASKA St. Nicholas dikendalikan oleh St. Nicholas' Home, Pulau Pinang dan mula beroperasi pada 6 Januari 2014.
- TASKA Istimewa OKU (Pembelajaran) - Dikendalikan oleh Rumah Amal Kulim, Kedah di Kulim, Kedah.
- TASKA OKU Orkid (Pembelajaran) - Dikendalikan oleh Persatuan Taska Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor.
- TASKA OKU Ikhlas (Terbuka kepada semua kategori) - Dikendalikan oleh Persatuan Insan Berkeperluan Khas di Melaka.
- TASKA OKU Auliya (Down Sindrom) - Dikendalikan oleh Pertubuhan Cakna OKU, Kelantan di Kubang Kerian, Kelantan.
- TASKA OKU Aulad (Pembelajaran) - Dikendalikan oleh Persatuan Intervensi Awal dan Pendidikan Sindrom Down, Kota Bharu di Kota Bharu, Kelantan.
- TASKA OKU PSDKK (Sindrom Down) - Dikendalikan oleh Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu, Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.
- Warganegara Malaysia.
- OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Berumur 4 tahun dan ke bawah.
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan dengan menghubungi Pertubuhan Sukarela Kebajikan berkaitan.
Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU. Selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri, kemahiran Independent Living (IL) diberikan agar OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. OKU juga mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan diberi penghormatan sebagai individu dalam masyarakat.
ILC terbuka kepada semua OKU terutama yang tinggal berhampiran dan dalam kalangan OKU yang mengalami kecacatan / kurang upaya tahap teruk (severe impairment). Pusat ini juga mensasarkan OKU yang ingin memulakan kehidupan secara berdikari, yang telah lama berada dalam sesebuah institusi atau di bawah jagaan ahli keluarga.
ILC ditubuhkan selaras dengan RMK-11 (2016-2020) di mana penubuhan 7 buah ILC dinyatakan di bawah Strategi B6, Memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU). Sehingga akhir tahun 2020, sebanyak tujuh (7) buah ILC dapat ditubuhkan di mana dua (2) buah ILC telah beroperasi pada 2019 dan lima (5) buah ILC lagi ditubuhkan pada September 2020.
Kaunseling Rakan Sebaya (Peer Counseling)
Di setiap ILC perlu menyediakan perkhidmatan Kaunseling Rakan Sebaya (KRS) diketuai OKU.Program Hidup Berdikari (Independent Living Programme)
Program ini perlu dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mempunyai pengalaman di dalam menempuhi liku-liku kehidupan untuk menyokong dan memberi semangat kepada OKU lain untuk terus hidup berdikari.Pembantu Peribadi (Personal Assistant)
Perkhidmatan Pembantu Peribadi (PA) merupakan perkhidmatan yang penting untuk mendorong dan menyokong kehidupan berdikari bagi OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. PA menjalankan tugas untuk membantu OKU ini mengurus diri seperti membuang air, mandi, memakai pakaian, mengemas rumah, membeli belah, menjaga anak, dan membantu mewujudkan jaringan sosial seperti membawa mereka menziarahi kaum keluarga, jiran-jiran dan sebagainya.Perkhidmatan Sokongan, Informasi Dan Advokasi
ILC juga adalah pusat di mana OKU boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bantuan, pekerjaan, akta dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan OKU serta khidmat nasihat untuk berurusan dengan agensi kerajaan.
Permohonan perkhidmatan boleh diperolehi dengan menghubungi ILC berkaitan.
Enam (6) buah ILC dijalankan dengan kerjasama PSK iaitu: (lokasi)
ILC@PLPP di Bangi dikendalikan oleh Persatuan Hidup Berdikari Untuk Orang Kurang Upaya Malaysia.
ILC MILAD di Petaling Jaya dikendalikan oleh Pertubuhan Malaysian Independent Living Association For Disabled (MILAD).
ILC Rawang di Rawang, Selangor dikendalikan oleh Pertubuhan Independent Living & Training Centre (ILTC), Selangor.
ILC Cheshire Sabah di Kota Kinabalu dikendalikan oleh Persatuan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire, Sabah.
ILC SSCIA di Sibu dikendalikan oleh Pertubuhan Sibu Spinal Cord Injury Association, Sarawak.
ILC PERMAI di Sintok dikendalikan oleh Pertubuhan Mahasiswa Istimewa (PERMAI), UUM, Kedah.
Pusat Khidmat Setempat (PKS) Orang Kurang Upaya (OKU) dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada OKU di dalam satu tempat secara bersepadu. Ia berfungsi sebagai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Rujukan OKU, Pusat Sumber Maklumat, Pusat Pengesanan Awal Kecacatan, Pusat Khidmat Nasihat dan Pusat Pendaftaran OKU. Penubuhan PKS adalah satu inisiatif untuk meningkatkan perkhidmatan kepada kumpulan sasar khususnya OKU.
Teras perkhidmatan yang ditawarkan kepada OKU di PKS adalah seperti berikut:
Pemulihan;
Kesihatan;
Pendidikan / Latihan;
Ekonomi / Pekerjaan; dan
Perkhidmatan Sokongan.
Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong
Jalan Semeling
08100 Bedong, Kedah
No. Telefon : 04 – 4582711
(Pengurus : Encik Azrul Azwar bin Ismail)
Pusat Khidmat Setempat OKU Marang
Jalan Sungai Kerak
21600 Marang
Terengganu
No. Telefon : 09-618 1319
(Pengurus : Wan Mohd Rosdi Bin Wan Harun)





