Law & Legislation

Related Acts

NoTitleLinks
1 Akta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (Diperbadankan) 1948 [Akta 529] Download
2 Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] Download
3 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Pindaan) 2007 [Akta A1285] Download
4 Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] Download
5 Akta Pusat Jagaan Pindaan 2007 [Akta A 1292] Download
6 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] Download
7 Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 [Akta A1414] Download
8 Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 [Akta A1538] Download
9 Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 [Akta A1511] Download
10 Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] Download

PENGURUSAN DAN PERLINDUNGAN MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA
Pengurusan dan perlindungan mangsa keganasan rumah tangga adalah berdasarkan peruntukan bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521]. Akta ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1996.
Akta ini telah dibuat pindaan sebanyak dua (2) kali iaitu pada tahun 2011 dan tahun 2017. Pindaan kali pertama telah diwartakan pada 9 Februari 2012 dan telah mula berkuatkuasa pada 20 Februari 2012. Pindaan kali kedua telah diwartakan pada 21 September 2017 dan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018. Akta ini bertanggungjawab memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga sama ada melalui Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim (IPO), Perintah Perlindungan (PO) atau penempatan sementara di tempat selamat yang telah diluluskan oleh Menteri.

FALSAFAH DI SEBALIK AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 [AKTA 521]
Membendung kecenderungan untuk menggunakan keganasan rumah tangga;
Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dan memelihara kesejahteraan dalam keluarga;
Sebagai ‘instrumen’ untuk mangsa mendapatkan perlindungan segera apabila keganasan diperlakukan ke atas dirinya.

MATLAMAT AKTA
i) Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga dan perkara-perkara bersampingan dengannya; dan
ii) Sebagai pembaikan keadaan yang memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan bukan bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah rumah tangga.

PEMAKAIAN AKTA
Akta ini terpakai kepada semua orang dalam Malaysia.

TAFSIRAN KEGANASAN RUMAH TANGGA (SEKSYEN 2, AKTA 521)
i) Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
ii) Mencederakan mangsa secara fizikal;
iii) Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tidak melakukannya;
iv) Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa;
v) Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa;
vi) Menyebabkan penderaan psikologi yang termasuk kecederaan emosi kepada mangsa;
vii) Menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang;
viii) Dalam hal jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang;
ix) Dengan curang menggelapkan harta mangsa yang menyebabkan mangsa itu mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan (Pindaan 2017);
x) Mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa itu takut akan keselamatan dirinya atau hartanya, keselamatan pihak ketiga, atau mengalami kesedihan (Pindaan 2017);
xi) Berhubung dengan mangsa, atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa, dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, eletronik atau sebaliknya (Pindaan 2017).

SIAPA YANG BOLEH MENDAPAT PERLINDUNGAN DI BAWAH AKTA INI

i) Isteri atau suaminya atau bekas isteri atau bekas suami;
(termasuk isteri atau suami de facto iaitu seseorang yang melalui suatu bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak-pihak yang berkenaan walaupun perkahwinan itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan)

ii) Kanak-kanak (berumur bawah 18 tahun yang tinggal sebagai anggota keluarga);

iii) Mana-mana anggota keluarga lain seperti anak lelaki atau perempuan dewasa, ibu atau bapa, abang, kakak atau adik.

PERANAN JKM DALAM MEMBANTU MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA
i) Mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan / Emergency Protection Order (EPO).
ii) Membantu mendapatkan Perintah Perlindungan Interim / Interim Protection Order (IPO) dan Perintah Perlindungan / Protection Order (PO) daripada mahkamah.
iii) Menguruskan penempatan sementara di tempat selamat.
iv) Mengurus / Menyelaras/ Melaksanakan Program Pemulihan kepada mangsa.
v) Memberikan perkhidmatan kaunseling.
vi) Memberikan khidmat nasihat berkaitan Akta.
vii) Merujuk kepada agensi lain berdasarkan keperluan.

PERINTAH PERLINDUNGAN KECEMASAN, SEKSYEN 3A
Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) dikeluarkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Yang DiBeri Kuasa (PKMDBK) di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Terpakai kepada mangsa keganasan rumah tangga sebagaimana peruntukan subseksyen berikut:
i) Subseksyen 2(a)- Sengaja meletakkan atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal
ii) Subseksyen 2(b) - Mencederakan mangsa secara fizikal

EPO boleh dimohon pada bila-bila masa, sama ada mangsa telah mempunyai IPO atau PO sebelum itu dan IPO atau PO itu masih belum selesai

PERINTAH PERLINDUNGAN INTERIM (IPO)
IPO hendaklah dipohon secara ex - parte di mahkamah oleh:

i) mangsa;
ii) peguam mangsa; atau
iii) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi pihak mangsa.

Permohonan IPO boleh dimohon di mana-mana Mahkamah dalam daerah:
i) mangsa itu tinggal;
ii) orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal;
iii)keganasan rumah tangga yang dikatakan itu berlaku; atau
iv) mangsa itu ditempatkan buat sementara.

Contact Us

The Social Welfare Department
Level 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Precint 4, 62100 Putrajaya.

The Social Welfare Department
Level 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Precint 4, 62100 Putrajaya.

Quick Links

Directory
e-Participation
SISPAA
Statistic of Online Services

Talian Kasih
Phone Number: 15999 (Free Toll)
420096885 277459331727648 6533635286062607832 n Whatsapp: 019-2615999
Operation Hours: 24 hours per day, 7 days per week

Popular Sites
Jumlah Pelawat Keseluruhan
1,411
Today
16
Yesterday
2
This Week
16
This Month
73

Select your language

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

BM
custom_html
FAQ
custom_html
custom_html
custom_html