Pendahuluan
Dasar payung yang merangkumi falsafah dan berbagai dasar pembangunan sosial negara berteraskan Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
Pernyataan Dasar
DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.
Penyataan Matlamat
Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.
Latar Belakang
1990an - Perbincangan isu-isu sosial dan keperluan satu dasar
sosial negara
1996 - Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS)
1998
JPPN membincangkan perlunya ada DSN
UPE minta KPNPM menggubal DSN
1999
KPNPM menganjurkan bengkel DSN
Pelantikan Pakarunding PINTAS
2002
Pakarunding PINTAS menghasilkan deraf DSN
Pasukan Petugas Khas di KPNPM
DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkankepada JKMMS
2003
DSN diluluskan oleh Jemaah Menteri (19 Februari)
DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos)
OBJEKTIF DSN
Objektif Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan
Objektif Khusus
Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
Menjana sinergi multisektor
Objektif 1
MEMASTIKAN KEPERLUAN ASAS INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT DIPENUHI
Merangkumi:-
Keperluan asas secukupnya
Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan
Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni
Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup
Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa
Objektif 2
MEMBANGUN DAN MEMPERKASAKAN INSAN SEPANJANG HAYAT
Tanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan fizikal untuk mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum pada setiap peringkat kitaran hidup
Objektif 3
MEMPERKUKUH DAN MEMBANGUNKAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL DAN PERKHIDMATAN SOSIAL
Memperkukuh dan menambahkan:
Sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, organisasi sosial dan lain-lain di peringkat komuniti
Sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan perkhidmatan sosial
Objektif 4
MENJANA SINERGI MULTISEKTOR
Kerjasama antara pelbagai bidang dalam dan di antara sektor awam, swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber di dalam masyarakat untuk menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik untuk semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.
